Bekas penjaga gol Bayern Munich, Yann Sommer telah membuat kritikan pedas ke atas Bayern Munich. Di mana menurutnya kelab itu terlalu bercelaru di pengurusan dalaman dan toksik.
Pemain seringkali menjadi mangsa. Di mana dia mendedahkan bahawa media sentiasa mengecam pemain yang menjadi sasaran kecaman. Dan kelab tidak melindungi pemain mereka daripada kritikan melampau ini.
Yann Sommer musim lalu menyertai Bayern dengan nilai perpindahan sekitar €10 juta. Dan dia mengisi ketiadaan Manuel Neuer yang cedera sepanjang musim.
Dia berjaya membantu kelab itu menjulang Bundesliga. Dan memutuskan untuk berpindah ke Inter Milan. Menggunakan klausa khas pada kontraknya. Di mana dia dibenarkan pindah jika ada kelab membayar nilai perpindahan sama nilai dibayar Bayern.
Bayern sebenarnya keberatan untuk melepaskan Sommer. Namun pemain itu mahukan jaminan sebagai penjaga gol utama. Inter pilihan terbaik kerana kelab itu melepaskan Andre Onana.
Bercakap tentang tekanan di Bayern, Sommer berkata: “Ianya benar benar gila di Bayern apabila berkaitan dengan penyingkiran [pemain]. Terlalu banyak perkara yang tidak menentu, dan banyak persoalan berkaitan dengan isu bukan kesukanan.”
“Saya banyak belajar bagaimana sesuatu perkara itu berlaku secara dalaman di Bayern. Ada seorang dua pemain menjadi sasaran kecaman dan media akan mulai mengkritik mereka. Dan kemudian mereka akan mensasarkan kritikan kepada pemain lain pula.”
“Pada satu tahap, ianya giliran kamu menjadi sasaran. Namun saya tidak pernah cuba mempertahankan diri saya secara umum. Perkara paling penting bagi saya adalah saya sentiasa cuba untuk fokus kepada prestasi saya dan membantu pasukan mencapai matlamat bersama. Akhirnya, itulah yang saya lakukan.”
Thanks for shorts memories bro but Ulle is better than you pic.twitter.com/ngyutwKGMs
— 𝕯𝖎𝖊 𝕽𝖔𝖙𝖊𝖓🤟 (@FCBRebel01) October 14, 2023