Yeezy Terbaru Dilabel Seperti Tulang Ikan Dan Spageti

Yeezy merupakan salah satu jenama kasut yang popular dan esklusif. Ianya adalah kolaborasi di antara Adidas x Kanye West.

Yeezy biasanya dikaitkan dengan rekaannya yang minimalis dan futuristik. Yeezy adalah kasut yang selalu diminati oleh hypebeasts.

Namun rekaan Yeezy yang terbaru membuatkan ramai mengecamnya sebaik sahaja Kanye West memuat tweet dengan tulisan: “YZY D Rose coming soon.”

Sejak daripada itu, ramai peminat merasakan kasut tersebut buruk dan membandingkannya dengan bermacam macam benda di dunia.

Ada yang menyamakannya seperti spageti dan juga seperti tulang ikan.

Seorang lagi pengguna menyatakan, itu yang berlaku apabila kita tersilap menggunakan printer 3D.

Mempunyai reka bentuk yang dianggap eksentrik, namun ternyata buat masa ini ianya menimbulkan kekeliruan.

Kedua-dua laman web Yeezy Supply dan Adidas telah mengeluarkan maklumat pelancaran untuk kasut Yeezy West yang dimuat naik di Twitter.

Business Insider juga menyatakan bahawa wakil label Yeezy tidak memberi respons terhadap komen mengenai kemungkinan tarikh pelancaran atau tanda harga YZY D Rose.

Ini bukan kali pertama reka bentuk kasut Yeezy mencetuskan kekeliruan di kalangan peminat, pengkritik, dan pengikut Kanye West di media sosial.

Pada bulan September 2019, Yeezy melancarkan “foam runner”, selipar yang menjadikan kasut ini meme kerana orang membandingkannya dengan versi Crocs atau helmet basikal yang lebih mahal.

West juga sebelum ini melancarkan koleksi Yeezy Slides, iaitu sandal yang diperbuat daripada getah beralur untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Isterinya, Kim Kardashian, malah menggambarkan Slaid Yeezy sebagai sandal yang kenyal dan sangat selesa.

Sandal tersebut juga mendapat kritikan. Seorang pengguna Twitter membandingkannya dengan “selipar penjara.”

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.