Yes! Stephen Chow Sahkan Kung Fu Hustle 2 Dalam Pembikinan

Pengarah filem Hong Kong, Stephen Chow mengesahkan bahawa sekuel filem Kung Fu Hustle iaitu Kung Fu Hustle 2 sedang dalam penggambaran.

Perkembangan terbaru ini pastinya menggembirakan peminat setia Kung Fu Hustle yang tertunggu sekuel filem tersebut untuk sekian lama.

Beberapa bulan yang lalu Stephen Chow mengesahkan bahawa beliau sedang mengusahakan sambungan kepada Kung Fu Hustle. Cuma fokus beliau ketika itu adalah kepada beberapa lagi filem.

Filem pertama Kung Fu Hustle yang dikeluarkan 15 tahun yang lalu pada 2004, di mana Stephen Chow merupakan pengarah dan pelakon utama filem tersebut.

Kung Fu Hustle adalah filem berbahasa asing yang paling laris di Amerika Syarikat (AS). Ianya meraih kutipan $17 juta di Amerika Syarikat sahaja.

Sementara itu untuk kutipan global pula ianya berjaya meraih $100 juta.

Budget pembikinan untuk filem tersebut adalah sekitar $20 juta.

Stephen Chow merupakan penulis skrip dan juga pengarah, selain daripada menjadi watak utama dalam Kung Fu Hustle sebagai Sing.

Sing merupakan seorang lelaki pencundang yang tinggal di era 1930-an. Dia ingin menjadi sebahagian daripada kumpulan kongsi gelap Axe Gang ataupun kumpulan kapak.

Filem ini memaparkan kisah tentang kungfu yang digunakan oleh beberapa orang untuk menentang kejahatan the Axe Gang.

Cara penyampaian komedi di dalam filem ini adalah tipikal filem-filem lakonan Stephen Chow yang lain.

Dipetik daripada laman sesawang Screenrant Stephen Chow telah mengesahkan bahawa kungfu hustle 2,

Chow juga mengatakan, dia akan fokus kepada Kung Fu Hustle 2 setelah menyelesaikan sekuel filem The Mermaid.

Dalam filem kedua ini, Stephen Chow tidak akan lagi menjadi pelakon utama, dan hanya sebagai cameo.

Beliau menyatakan lagi filem ini bukan sambungan langsung untuk Kung Fu Hustle.

Tetapi ianya tetap berkait rapat dengan semangat dalam filem pertama.

Ditanya tentang perkembangan filem kedua Kung Fu hustle, Chow mengiyakan persoalan wartawan yang bertanya, namun menjelaskan ianya bukanlah samhunagb kepada Kung Fu Hustle.

“Ya! Namun ianya bukan filem Kung Fu Hustle. Cuma jalan ceritanya adalah hampir sama.”

Baca yang lain