YouTube kini sudah menjadi platform yang sarat dengan iklan. Kecuali korang pelanggan premium.
Sebelum ini, YouTube hanya memaparkan dua iklan sebelum video bermula. Tetapi dalam beberapa minggu kebelakangan ini, beberapa pengguna di media sosial telah melaporkan bahawa mereka melihat sebanyak lima sehingga lapan atau bahkan 10 iklan yang tidak boleh dilangkau secara berturut-turut.
Seorang pengguna yang terjumpa lapan iklan tidak boleh langkau semasa tontonan berkata, setiap iklan adalah kira-kira lima hingga 10 saat.
Muatan iklan yang tinggi tidak dapat dielakkan menyebabkan kebimbangan YouTube akan memaparkan lebih banyak iklan yang tidak boleh dilangkau untuk semua pengguna dalam usaha untuk meraih lebih banyak hasil.
Tetapi platform milik Google memberitahu PCMag peningkatan mendadak dalam iklan yang tidak boleh dilangkau hanyalah satu langkah ujian atau percubaan sahaja beberapa minggu lalu.
“Di YouTube, kami menumpukan pada membantu jenama berhubung dengan khalayak di seluruh dunia dan kami sentiasa menguji cara baharu untuk memaparkan iklan yang meningkatkan pengalaman penonton,” kata jurucakap YouTube dalam satu kenyataan.
“Kami menjalankan percubaan kecil secara global yang menyiarkan berbilang iklan dalam pod iklan apabila penonton menonton video yang lebih panjang pada TV yang disambungkan.”
“Matlamatnya adalah untuk membina pengalaman yang lebih baik untuk penonton dengan mengurangkan rehat iklan.”
Dalam erti kata lain, ujian yang dilakukan YouTube ini adalah untuk cuba memaparkan lebih banyak iklan kepada penonton pada permulaan video YouTube, berbanding di tengah tengah video.
Jurucakap YouTube menambah bahawa mereka sudah pun mencapai kata putus hasil ujian tersebut.
YouTube wants to play 10 unskippable ads before every video. If that happens, I'm just going to skip out on YouTube altogether. pic.twitter.com/YMmPUxhvPG
— Drift0r (@Drift0r) September 16, 2022
Namun PC Mag menegaskan bahawa, hasilnya masih belum diketahui, tidak pasti berapa jumlah iklan yang tidak boleh dilangkau pada masa hadapan.
Seterusnya, YouTube menegaskan bahawa kekerapan jeda iklan juga penting kepada ramai penonton, terutamanya untuk video yang lebih panjang. Kesimpulan itu dibuat selepas satu kajian dilakukan ke atas pengguna berkaitan dengan pengalaman tontonan mereka.
Tetapi, YouTube turut mengakui bahawa, lebih sedikit rehat komersial bermakna peluang yang lebih tinggi penonton akan menonton keseluruhan klip, termasuk iklan yang dilampirkan, tambah platform itu lagi.
Namun begitu, YouTube perlu mengimbangi beban iklan terhadap kemungkinan akan mebuatkan orang ramai semakin menyampah dengan platform itu.
Sesetengah pengguna sudah mengulas bahawa YouTube berisiko menjadi seperti TV kabel dengan memaparkan begitu banyak iklan semasa klip video.
Ada juga mengadu terpaksa menonton iklan sehingga 30 saat.
Dear @YouTube,
Please explain-
– How is it an enhanced experience to have a 30-second forced break in a video?
– How is it not just another gimmick to force viewers to buy Premium?#YouTube#ads
YouTube irks users by showing 5-10 unskippable ads in a row: https://t.co/Qovu6rxX0K pic.twitter.com/LFDdkyX7vA— Akshat Tiwari (@akshatsimba) September 19, 2022