YouTube terus menjadi salah sebuah platform digital yang paling berpengaruh. Terbau, laporan oleh Sensor Tower menyatakan bahawa YouTube sudah menjana lebih $1 billion.
Kejayaan terbaru ini meletakkan YouTube sebaris dengan aplikasi yang lain. Mereka menjadi salah sebuah aplikasi bukan gaming yang melepasi angka $1 billion pada tahun 2019.
Sensor Tower memecahkan sumber pendapatan YouTube kepada beberapa bahagian. Pendapatan mereka adalah dari pengiklanan menerusi YouTube Music ataupu YouTube TV.
Selain itu, ramai juga yang melanggan YouTube secara premium.
Pendapatan YouTube masih lagi kebanyakannya adalah dari Amerika Syarikat berbanding dengan di luar Amerika Syarikat.
Pada 2019 merupakan tahun kegemilangan YouTube dengan mendapat lebih USD550 juta.
YouTube terus konsisten menjadi salah sebuah aplikasi yang paling banyak dimuat turun oleh pengguna telefon pintar.
YouTube merupakan milik Google. Dan menurut sensor Tower, para pengguna YouTube telah memberikan mereka lebih daripada $563 million menerusi langganan dalam aplikasi.
Salah satu sebab orang semakin ramai mengikuti YouTube adalah kerana polisi monetized-nya.
Apabila YouTube memberikan wang kepada pencipta konten, maka berebut-rebut mencipta konten menarik.
YouTube merupakan platform perkongsian video yang berpangkalan di San Bruno, California, Amerika Syarikat.
Ianya cetusan oleh 3 bekas pekerja PayPal iaitu Chad Hurley, Steve Chen, dan Jawed Karim.
YouTube dilancarkan pada Februari 2005. Pada 2006, Google telah membeli YouTube dengan nilai US$1.65 billion.
Oleh sebab itu YouTube, sekarang ini beroperasi sebagai selah sebuah subsidiaries Google.