Saluran YouTube Nirvana telah memuat remastered – versi tanpa suntingan (unedited) konsert Unplugged Di New York.
Ia bagi membolehkan para peminat kumpulan grunge legenda itu menikmati konsert tersebut dengan lebih dekat daripada sebelum ini.
Sebelum versi yang sudah diedit diedarkan ke pasaran, bunyi gitar lebih nyaring dan anda boleh mendengar beberapa ‘scream’ oleh Kurt Cobain yang terover sedikit, namun masih nice la.
Bagi anda yang sukakan persembahan konsert dengan pengalaman yang sebenar dan menikmati bahan yang lebih raw, ini merupakan barang baik untuk anda.
Selain daripada persembahan lagu, anda juga boleh menikmati beberapa footage rehearsal.
Persembahan About A Girl dan Come As You Are, kedua-duanya kelihatan lebih sedap pula dengan versi ‘jujur’ ini.
Cuba anda dengar Come As You Are versi tanpa edit ini. Best bukan?
Satu lagi benda rare yang anda akan suka adalah beberapa video rehearsal untuk lagu seperti Polly, The Man Who Sold The World, dan Come As You Are.
Dan anda boleh melihat etika kerja Kurt Cobain yang sangat cerewet sepanjang konsert ini.
Jangan memain dengan Cobain part latihan ni wei, tengok ni:
Tapi best layan rehearsal ni. Di mana suara Kurt Cobain terkucir dalam beberapa notasi sebab mereka dah kelihatan keletihan, selepas latihan yang panjang.
Terdapat beberapa babak memaparkan mereka cuba set mikrofon. Cobain pula tak puas hati sebab nak setting benda tu semua lama sangat, bila nak mulanya.
Ini dikira rehearsal penuh mereka. Kerana masing-masing sudah memakai persalinan pada hari persembahan. Kurt Cobain memakai cardigan ikonik beliau yang baru sahaja dijual dengan harga paling mahal dalam sejarah.
Korang boleh la layan kembali detik Dave Grohl dengan gaya rambut ponytail beliau.
So, korang berkunjung ke saluran YouTube Nirvana. Korang pergilah layan.