YouTube Padam Video Akhir Zaman Selepas Kena Report, Ini Penjelasan Bunkface

Beberapa peminat Bunkface bertanya, di mana video lirik lagu Akhir Zaman kumpulan Bunkface?

Adakah mereka menurunkannya daripada channel diorang kerana takut dengan tekanan?

Sebenarnya, video itu bukan diturunkan oleh Bunkface, tetapi telah dipadamkan oleh YouTube. Ini kerana YouTube menerima laporan bahawa video itu menyemai kebencian kepada LGBT.

Kumpulan Bunkface tampil menjelaskan pendirian mereka bahawa lagu Akhir Zaman bukannya menunjukkan rasa benci mereka kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LBGT).

Ini kerana ada liriknya berbunyi ‘LGBT pergi mampus’.

Sebaliknya, tujuan asal lagu Akhir Zaman dicipta demi mempertahankan maruah agama Islam.

Berikut adalah penjelasan Bunkface menerusi IG mereka:

“Kami ingin memberi penjelasan mengenai isu lirik lagu Akhir Zaman yang dikatakan segelintir pihak sebagai mempromosikan kebencian terhadap golongan LGBT.

“Perkataan LGBT digunakan dalam lirik lagu ini bukanlah dituju kepada individu, tetapi menjurus untuk pergerakan komuniti LGBT yang semakin meluas di seluruh dunia, terutama kepada mereka yang beragama Islam di negara ini.

“Sekali lagi, kami tekankan bahawa kami tiada niat mahu membenci mana-mana individu atau mempromosikan kebencian terhadap mereka.

“Yang kami tentang adalah gerakan LGBT yang sedang mempromosikan hak secara terangan di Malaysia. Lagu ini ditujukan khas kepada mereka beragama Islam dan bangsa Melayu.”

https://www.instagram.com/p/B9YtQQrHqZ2/?utm_source=ig_embed

“Yang haram tetap haram. Definisi Islam itu sendiri bermaksud menyerah atau tunduk patuh kepada ajaran-Nya. Jadi, siapalah kita untuk mempersoalkan hukum hakam yang ditetapkan Allah SWT,” tulis Bunkface menerusi akaun Instagram baru-baru ini.

Biarpun lirik video lagu Akhir Zaman sudah tiada di YouTube, karya itu masih boleh distrim di platform muzik digital seperti Spotify, Joox dan Deezer.

Lagu Akhir Zaman bikin panas

Sebelum ini ramai aktivis hak asasi LGBT telah menyeru agar semua pihak melaporkan video lirik lagu akhir zaman itu kepada pihak YouTube agar ianya dipadamkan terus daripada YouTube.

Akhir Zaman telah menjadi tular di media sosial terutama sekali di Twitter.

Ini selepas kugiran Bunkface mengeluarkan lagi Akhir Zaman di youtube versi audio dengan paparan lirik.

Lagu tersebut adalah kritikan kepada masalah sosial, politik dan pelbagai lagi.

Antara bait panas yang dimuatkan adalah  ‘mana pergi semua duit rakyat’, lirik berbunyi ‘L*BT pergi mampus’ juga mendapat reaksi negatif netizen.

(Kena bintang sebab nanti Mark Zuckerberg kacau).

Namun begitu ramai yang muncul menghentam kerana tidak berpuas hati.

https://twitter.com/i/status/1232894448142471170

Aktivis Numan Afifi antara yang tak puas hati dan meminta semua rakyat jelata pergi repot video tersebut sebagai lagu yang mengandungi lirik kebencian dan keganasan.

Numan sempat memberikan garis panduan dan tutorial melakukan perepotan itu.

Ada ramai lagi yang mengentam Bunkface gara gara lirik lagu mereka pada kali ini.

Di sebalik kecaman yang diterima, ramai juga yang menyokong Bunkface.

Ramai yang menganggap lagu itu keras. Dan menyatakan ia adalah cara untuk memberitahu orang yang tak dengar cakap, apabila kiasan tak boleh, maka bagi setepek terus.

Di kala ramai yang menyatakan memboikot Bunkface, ramai juga yang menyatakan akan terus setia bersama Bunkface.

Bagi mereka, apa yang diluahkan Bunkface di dalam lirik kali ini adalah permasalahan dan kebejatan sosial yang sedang melanda negara kita.

Ini termasuk dengan para pemimpin yang cakap tak serupa bikin.

Muzik adalah elemen yang terbaik untuk meluahkan perkara seperti itu. Terutama sekali band seperti Bunkface yang ramai peminat.

Selain itu mereka juga yaki, Sam dan rakan rakannya tahu apa yang mereka buat.

View this post on Instagram

https://youtu.be/hFMvDf5miSE #akhirzaman #bunkface

A post shared by SamBunkface (@sambunkface) on

Jadi korang di pihak mana? Sokong ke kecam Bunkface?

Berikut adalah lirik lagi Akhir Zaman

Akhir Zaman – Bunkface

Hey Ho Ayuh!

Engkau agamamu, Aku agamaku,

Semua haram mahu jadi halal,

Engkau agamamu, Aku agamaku,

Demi masa sila guna akal

Jawab di sini lepas,

Jawab di sana belum tentu lepas,

Dulu hebat kini dah berkarat,

Semua bangsat sudah pun mendarat,

Mana pergi, mana pergi, mana pergi suara demi rakyat,

Mana pergi,

Engkau agamamu, Aku agamaku,

Korupsi kita perlu kasi hapus,

Engkau agamamu, Aku agamaku,

L68T, boleh pergi mampos

Jawab di sini lepas,

Jawab di sana belum tentu lepas,

Dulu hebat kini dah berkarat,

Semua bangsat sudah pun mendarat

Mana pergi, mana pergi, mana pergi suara demi rakyat,

Dulu hebat kini dah berkarat