YouTube Tak Akan Papar Jumlah Dislike Demi Menjaga Aib Pencipta Konten

YouTube mengumumkan bahawa platform tersebut akan menyembunyikan kiraan dislike daripada pandangan umum. Ini selepas ramai pencipta konten merungut bahawa mereka menjadi sasara dislike dan diserang dengan kata kata kesat.

YouTube menganggap langkah itu akan membolehkan mereka menumpukan hubungan positif di antara pencipta konten dengan peminat mereka.

Butang dislike akan masih ada, namun jumlah dislike tersebut hanya akan diketahui oleh pencipta konten sahaja. Ini untuk mengelakkan pencipta konten daripada terkena serangan public shaming.

Ini bukanlah langkah yang asing sebenarnya, kerana sebelum ini pada Mac, YouTube sudah mengumumkan perkara ini dan membuat ujian ke atasnya.

YouTube menyatakan bahawa, butang dislike mempengaruhi penonton yang mahu menonton sesuatu video. Ini kerana mereka melihat ratio like dengan dislike pada video tersebut.

Jadi selepas ini, bagi korang yang tak suka sesuatu video yang korang tak suka atau video seperti mandi bersama babi air, dengan komen seperti: “Aku datang ke sini semata mata nak dislike je.”

Ianya mungkin tak ada ada kepuasan seperti sebelum ini, kerana kerana dislike tak dipaparkan.

Seterusnya, YouTube mendapati terlalu banyak trend datang ke sesuatu video semata mata untuk dislike tanpa menonton dahulu video tersebut.

Kemudian berlaku juga kempen di media sosial mengajak menyerang sesuatu video untuk menekan dislike.

YouTube menegaskan bahawa langkah ini tanda mereka pro aktif melindungi creator mereka daripada serangan siber.

Seterusnya, YouTube juga mempertimbangkan untuk mengadakan satu tinjauan terus kepada mereka yang menekan dislike. Dengan bertanya,’kenapa kau tekan butang tak suka tu?’

Tapi buat masa ni, tadi aku melilau kat YouTube, masih ada lagi kiraan dislike tu.

Baca yang lain