Dunia dalam maya telah mengubah cara orang bertindak balas terhadap sesuatu. Kini, semuanya didokumenkan pada telefon kita dalam bentuk gambar dan video.
Malah ada sesetengah orang percaya bahawa hidup kita adalah sebahagian daripada konten untuk ditatap pengikut kita.
Dan mereka merasakan bahawa setiap peristiwa itu, mereka harus sentiasa mendokumentasikannya atau merakamnya.
Walaubagaimanapun, terdapat banyak perkara yang membuatkan manusia kadangkala menjadi fake dalam memberikan respon kepada sesuatu peristiwa.
Misalnya, ketika kita kehilangan haiwan peliharaan. Kita semua sedih. Namun apabila ada manusia jenis yang kaki konten dan cuba menarik perhatian lebih emosional, maka mereka akan melebih lebihkan reaksi itu.
Ia mungkin nampak asli di dalam tatapan maya. Hakikatnya, sebaliknya, tanpa menafikan bahawa mereka memang sedih. Tetapi reaksi itu adalah fake.
Bagaimana kalau kita dapat melihat kesemua proses video tersebut dibuat? Mesti ada yang kantoi bahawa video sebenar sebelum disunting mungkin sangat berbeza.
Itu yang berlaku pada YouTuber Jordan Cheyenne. Di mana dia tersilap termuat naik video yang belum disunting ke dalam saluran YouTubenya.
Dalam video tersebut dia memaksa anak lelakinya berusia 9 tahun supaya menangis ‘betul betul’ dan mengajar anak kecil itu cara menangis depan kamera supaya nampak lebih dramatik.
Dia beberapa kali menunjukkan cara menangis depan kamera ketika mereka sedang menangisi kematian anjing peliharaan mereka.
Vlogger gaya hidup dan kecantikan berusia 30 tahun itu mempunyai lebih setengah juta pelanggan di platform video dalam talian – dia kini terus hilang dari dunia maya.
Video asal bertajuk “We are heartbroken” dan Jordan Cheyenne sebenarnya tidak berniat untuk meneruskan video dan memuat naik klip viral itu.
Klip itu menunjukkan Jordan memberitahu anaknya “Sini, lebih dekat sikit” ke kamera untuk video itu.
Dan dia kemudian kedengaran berkata “Letakkan kepala kamu di sini. Lepas tu buat seperti anda menangis”.
Anak lelakinya berkata bahawa dia memang sedang menangis. Tetapi menurut Jordan, tangisannya tidak terasa ‘cukup nyata’ atau tak cukup real kata bahasa pasar kita.
Lalu dia berkata, “Tak tak, ya saya tahu [kamu memang benar benar menangis], tetapi buat macam ini” dan dia kemudian mengarahkan anaknya untuk berpura-pura mengelap air mata. dan menyuruhnya membiarkan kamera melihat mulutnya.
Dia juga berpesan kepada anaknya agar sentiasa membuat mimik muka tertentu yang akan membuatkan dia kelihatan ‘lebih sedih’.
Anak lelaki itu boleh didengari merayu kepadanya bahawa dia sebenarnya menangis tetapi dia terpaksa menurut permintaan ibunya yang ternyata menganggu dia sedang kesedihan.
Video tersebut tersilap, dimuat naik secara tak sengaja ke saluran YouTubenya sebelum sempat video itu disunting.
Walaupun dia kemudian segera memadamkan video tersebut, namun perkara itu menjadi sangat cepat tular sehingga ada orang sudah menangkap layar video tersebut dan juga memuat turunnya menggunakan aplikasi pihak ketiga.
Seorang netizen berkata: “Jadi YouTuber ini dan anak lelakinya ada seekor anak anjing yang telah meninggal dunia dan dia terlupa untuk menyunting klip dia memaksanya menangis lebih kuat untuk ‘thumbnail’ videonya supaya dia boleh mendapat lebih banyak tontonan. Dunia ni dah gila.”
so this youtuber and her son had a puppy that passed away and she forgot to edit out the clips of her forcing him to cry more for her video thumbnail so she could get more views 😭 the world has lost it pic.twitter.com/EHvFlKM8tW
— ⍨ (@444molls) January 17, 2022
Seorang lagi mengulas, “Setelah kira-kira 10 tahun akan datang, saya tidak akan terkejut jika terdapat dokumentari di mana bekas kanak-kanak menjelaskan eksploitasi yang datang daripada ‘influencer vlogger keluarga’ sebagai ibu bapa.”
“Dan anak itu akan menyatakan kemarahan dan kerosakan yang dilakukan kepada mereka dan hubungan mereka dengan ibu bapa mereka.”
Jordan Cheynne telah memadamkan video itu dan tidak menyiarkan apa-apa di YouTube beberapa bulan selepas itu. Dia cuma kembali memuat naik videonya ketika keadaan sudah reda.
Dia awalnya memadamkan saluran media sosialnya. Namun mengaktifkannya kembali.
Cheynne kemudian tampil dengan video meminta maaf selepas dia kena cancelled seluruh dunia kerana video memaksa anaknya menangis.
Dia menyatakan bahawa dia memang terfikir untuk berhenti menjadi pencipta konten. Tetapi dia memutuskan untuk meneruskannya kerana itu adalah kerja yang paling seronok dia buat kerana memerlukan kreativiti.
“5 bulan lalu, saya membuat keputusan yang sangat sangat teruk, di mana saya benar benar kesal dengan diri sendiri, sampaikan tak tahu nak cakap apa.”
Dia menegaskan bahawa, kesan daripada perbuatan bodohnya itu, hidupnya menjadi teruk. Dan menganggap memang dia tidak boleh mencari sebarang alasan untuknya.
Dia juga menyatakan bahawa video itu tidak menggambarkan dirinya yang sebenar sebagai seorang ibu. Di mana dia sentiasa memberikan yang terbaik untuk anaknya.
Sambil menyatakan bahawa, kesan daripada video itu dia berdepan dengan trauma kerana dibuli secara siber serta ugutan bunuh.
https://youtu.be/x_Eu1DTeezY
Namun ada yang merasakan permohonan maafnya sebagai sangat fake. Mereka mempersoalkan, Jordan hanya bercakap soal trauma yang dia hadapi. Bagaimana pula dengan anaknya yang dipaksa menangis?
Seorang warganet berkata: “Permohonan maaf Jordan Cheyenne sangat fake dan jenaka. Ini adalah definisi sebenar, memohon maaf selepas terkantoi. Berbanding dengan permohonan maaf kerana kesal di atas perbuatannya yang merosakkan anaknya. Tak sekali pun dia meminta maaf kepada anaknya. Dari situ kita tahu betapa teruknya dia. Memalukan.”
Ada yang memang tidak suka dengan konten berbentuk keluarga yang dirakam tanpa persetujuan anak mereka. Ianya adalah satu bentuk paksaan dan manipulasi untuk mempertontonkan orang lain kepada mata dunia.
Menurut Alya: “Biasanya kalau ibu bapa tu tak ada bakat maka mereka akan menggunakan anak mereka untuk mendapatkan wang.”