Zaha, De Gea, Antara 5 Perkara Daripada Kemenangan Man United

Manchester United menang 2-0 dalam kunjungan mereka ke Crystal Palace.

Kemenangan ini terus menghidupkan impian United untuk kembali ke pentas Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.

Dua gol United adalah menerusi Marcus Rashford dan Anthony Martial. Berikut 5 perkara yang digariskan.

1. Lama tak kalah

Manchester United kini sudah lupa cara nak kalah. Ini apabila skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer sudah tak kalah dalam 19 aksi terakhir mereka.

Dalam tempoh tersebut mereka telah menjaringkan 50 gol dan 13 cleans sheets.

Satu prestasi yang sangat baik daripada Setan Merah. Suke lettew..

2. Prestasi trio serangan Man United

Walaupun Mason Greenwood agak sepi semalam, namun Martial dan Rashford meneruskan rekod luar biasa trio serangan Man United ini.

Martial dan Rashford kini masing masing sudah mencetak 22 gol untuk pasukan mereka.

Prestasi cemerlang mereka sangat mengujakan terutama sekali selepas restart musim liga.

3. VAR

Jordan Ayew dibatalkan golnya oleh VAR. Dan Palace juga meminta penalti namun tak dilayan oleh VAR.

Berbalik kepada gol Ayew, gol beliau dibatalkan kerana ofsaid yang sangat sedikit iaitu hujung kuku je.

Namun itulah kehidupan di zaman VAR.

4. Zaha memang bagus

Bekas pemain Manchester United, Wilfried Zaha memang pemain yang bagus. Beliau menjadi ancaman utama United sepanjang perlawanan ini.

Malang sekali pasukannya tidak cukup tajam di hadapan gol. Kerana mereka boleh dikira beraksi dengan baik dalam perlawanan ini.

Beliau diberikan peranan bebas sebagai penyerang kedua. Zaha memiliki kepantasan dan kelincahan yang luar biasa.

Zaha perlu memperbaiki aspek penyudahnya untuk sebaris dengan penggempur elit yang lain.

Jadi, jendela perpindahan akan datang, uncle Woy akan busy sekali lagi nak mengendalikan bidaan ke atas Zaha.

5. De Gea

Palace memiliki beberapa momen besar dalam perlawanan ini. Namun gagal untuk menewaskan De Gea.

Antaranya menafikan sepakan percuma ini daripada kapten Palace Milivojevic

De Gea turut menafikan percubaan satu lawan satu dengan Wilfried Zaha pada separuh masa kedua.

Β