Zaha Pemain EPL Pertama Isytihar Tak Akan Berlutut Lagi Kerana Ianya Tiada Hala Tuju

Wilfried Zaha menjadi pemain Liga Perdana Inggeris pertama yang mengesahkan bahawa dia tidak akan berlutut lagi selepas ini. Di mana dia akan “berdiri tegak” pada sesi sebelum sepak mula.

Penyerang Crystal Palace menjelaskan bahawa dia percaya bahawa protes anti-rasisme dengan berlutut sebelum perlawanan sebagai sokongan kepada kempen BLM – menurut Zaha semakin hilang arah tuju.

Ini bukan pertama kali Zaha mengkritik sesi berlutut sebelum perlawanan. Dan kali ini Zaha berkata:

“Membesar dengan ibu bapa saya hanya memberi tahu saya bahawa saya harus bangga menjadi kulit hitam, tidak kira apa, dan saya rasa kita harus berdiri tegak,” kata Zaha.

“Saya rasa makna di sebalik keseluruhannya adalah menjadi sesuatu yang baru kita lakukan sekarang.”

“Itu tidak mencukupi. Saya tidak akan berlutut lagi.”

Pemain berusia 28 tahun itu pada minggu lalu bercakap tentang bagaimana dia menganggap tindakan itu “menjatuhkan maruah pemain” dan mendakwa ia tidak mengubah apa-apa.

Tetapi ini adalah kali pertama dia mengesahkan dia memilih untuk tidak berlutut apabila beliau kembali semula beraksi di atas padang.

“Semua orang berlutut – tetapi mengapa saya mesti berlutut agar anda semua menunjukkan bahawa kami penting?” Zaha berkata dalam podcast On The Judy seminggu yang lalu.

“Mengapa saya mesti memakai Black Lives Matter di bahagian belakang baju saya — untuk menunjukkan bahawa kami penting? Ini semua perkara yang menjatuhkan maruah.”

“Apabila orang selalu mahu saya membuat ceramah Black Lives Matter dan perbincangan antara kaum, itu atas dasar saya rela. Dan saya tidak melakukannya hanya kerana anda boleh meletakkan ‘Zaha bercakap untuk kami’. ”

“Saya tidak melakukannya lagi buat masa ini, kecuali jika keadaan berubah.”

Sebelum ini Brentford mengesahkan mereka tidak akan berlutut lagi sebelum perlawanan. Dan salah satu sebabnya adalah kerana mereka bersetuju dengan Zaha.

Brentford menjadi kelab pertama di England dengan terbuka mengumumkan bahawa para pemain mereka tidak akan lagi berlutut sebelum sepak mula perlawanan.

Brentford sependapat dengan Zaha

Brentford mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan tentang perkara tersebut.

Pasukan di liga England termasuk pasukan liga utama dan liga bawahan sebelum ini diwajibkan untuk berlutut sebelum sepak mula sebagai sokongan kepada gerakan Black Lives Matter.

Brentford mengambil tindakan berani itu selepas Wilfried Zaha sebelum ini melabel perbuatan berlutut itu seolah olah menjatuhkan air muka pemain.

Zaha menegaskan tindakan itu seolah olah menjual harga diri. Di mana seorang pemain kulit hitam harus berlutut merayu orang menghormati mereka.

Sedangkan banyak lagi cara lain lebih baik daripada tindakan yang menurutnya tak ubah seperti hanya gimik.

Brentford tamatkan SOP berlutut

Brentford kemudian tampil dengan kenyataan mereka bahawa, keputusan sebulat suara dicapai dengan semua pemain mereka selepas satu perbincangan.

Menurut Brentford, mereka sudah lama menyemai budaya anti perkauman di dalam kelab mereka. Dan banyak cara lain lebih efektif berbanding dengan berlutut sebelum perlawanan.

“Sebagai satu kumpulan pemain, kami telah memutuskan bahawa kami tidak akan lagi berlutut sebelum memulakan perlawanan.”

“Ini akan kami lakukan bermula pada aksi menentang Barnsley pada Ahad 14 Februari ini.”

“Keputusan bersama ini dicapai selepas perbincangan panjang sebagai satu kumpulan. Kami sudah berlutut sebelum perlawanan sejak Jun tahun lalu, seperti pemain dan kelab lain, dan kami sudah tidak percaya lagi dengan impak daripada semua ini.”

“Kami percaya kita boleh gunakan masa dan kudrat kita untuk mempromosi kesamarataan kaum dengan cara lain.”

“Sebagai satu pasukan, kami berdiri teguh dan bangga dengan usaha kelab Brentford untuk menjadi kelab paling inklusif di dalam negara ini dalam memacu kelab ke arah kesamarataan di bawah banner #BeeTogether.”

“Kami juga pernah menerima ejekan rasis sebelum ini, dan melihat beberapa komen yang dibuat kepada pemain pada masa lalu dan sekarang.”

“Jelas sekali kita harus meneruskan usaha ini untuk menamatkan semua jenis diskriminasi, ia menjadi sebahagian daripada Brenford FC, dalam bola sepak secara umumnya dan dalam komuniti lebih luas.”

“Kebersamaan adalah salah satu nilai kunci kami sebagai sebuah kumpulan dan bermain memainkan peranan penting dalam membantu kita mencapai matlamat.”

“Rasisme sangat bertentangan dengan pendirian kami. Sebagai pemain, kami akan menunjukkan komitmen kami bersama sama, dan memperjuangkan kesamarataan kaum di dalam dan luar padang, dari sekarang sehingga akhir musim ini, dan selebihnya.”

“Kami juga akan menyokong rakan seperjuangan kami di kelab lain yang masih memilih untuk berlutut sebelum sepak mula.”

Walaupun ada yang tidak setuju, namun ramai juga yang menyokong tindakan Brentford dan menjangkakan akan lebih banyak kelab mengambil tindakan yang sama.

Baca yang lain