Zamsaham: Bukan Tak Bayar, Cuma ‘Tahan’ Gaji Je

Pemilik Kelantan TRW, Norizam Tukiman ataupun Zamsaham menafikan pihaknya tidak membayar gaji pemain pemain Kelantan selama 2 bulan.

Beberapa minggu lalu tular perbualan whatsapp Zamsaham berikutan isu gaji pemain.

Zamsaham menafikan TRW ada masalah pembayaran gaji cuma Zamsaham menegaskan bahawa dia menahan gaji pemain sebaliknya gaji cuma kena ‘hold’.

Beliau berkata: “Salam semua fans TRW yg dikasihi. ”

“Sebelum ini semua pemain dapat gaji penuh. Benar lambat dan ada bulan bayaran secara berperingkat dalam bulan sama tapi tiap-tiap bulan semua pemain tetap dapat jumlah gaji penuh.”

“Tak benar 2 bulan gaji tertunggak.”

“Tapi ini bila kekalahan berterusan 10 kali. Saya kata nak gaji penuh April bagilah saya kemenangan. Main betul-betul sungguh.”

“Saya bukan tolak, saya tahan.”

“Saya nak cari duit susah. Biarlah rasa berbaloi dengan kemenangan. Kalau tak menang seri pun jadilah.”

“Takdir ya takdir, tapi kenalah usaha lebih.”

“Untuk match minggu ini, berikan yang terbaik dan kemenangan. Kalau tak menang usahalah sehabis baik kepada seri. Kalau kalah, biarlah kalah bermaruah.”

“Saya telah bayar semua gaji, takda tunggakkan dan saya janji baki gaji yg ditahan 50% semua akan dibayar.”

“Mainlah sehabis baik. Saya nak menang sebenarnya. Itu sahaja.”

Baca yang lain