Zamsaham akhirnya tampil menjawab tuduhan daripada ejen bekas jurulatih Kelantan yang menuduh pengurusan tertinggi Kelantan FC lebih teruk daripada pasukan amatur.
Ini termasuk tuduhan ada campur tangan daripada pengurusan tertinggi dalam pemilihan pemain kesebelasan utama.
Berikut penjelasan Zamasaham:
Tadi ada wartawan tanya saya?
1.Adakah benar rehatkan Coach Choi?
Ya benar, saya buat keputusan merehatkan Choi selepas kekalahan berterusan dan kesukaran komunikasi antara pemain dan coaches selain tiada laporan prestasi dari Head Coach.
Saya kena buat keputusan ini sebagaimana saya saya jadikan Rezal Zambery caretaker ketika ketiadaan Marco Rajini dahulu.
2.Benarkah ada campurtangan dalam hal pemilihan pemain?
Hampir kesemua pemain diperkenalkan oleh Agent, Sporting Director atau rekomendasi team coaches kepada saya.Ada juga pemain yang rekomen pemain lain untuk bermain di TRW. Head Coach juga rekomen beberapa player.
Kita mula berlatih pada 2.1.23 dan Head Coach sampai pada 12.1.23. Dalam masa 7 minggu adalah mencukupi. Di Pre-season kita telah berusaha mendapatkan lawan-lawan yang kuat seperti Buriram United , Kedah FC , Negeri Sembilan FC dan 2 pasukan M3.
Ramai pemain-pemain yang kita uji dan panggil dari team Liga Super yang Head coach tak berkenan. Termasuk beberapa pemain import yang HC nak nilai sendiri . Terdapat 3 orang pemain berkualiti di posisi No. 6 ( DMF ) dalam senarai ini yang beliau tolak.
Pemain import dari Korea juga atas pilihan head coach sendiri. Tentang prestasi fans sendiri boleh nilai.
Tentang lineup pula, 100% saya serahkan kepada HC, tetapi ada masa saya akan minta untuk masukkan atau keluarkan pemain-pemain yangg dirasakan perlu atas nasihat team coaches. Kalau selaku owner cadangan saya yang 1% ini tak boleh diterima, baik saya jangan jadi owner.
Saya juga tak mahu Head Coach besar kepala sangat sehingga langsung tak mahu dengar pandangan dari Teknikal ,Sporting Director dan team coaches yang lain.Di Kelantan kita semua kena terbuka pada idea .Yang baik kita ambik. Takda salah pun.
Matlamat saya adalah saya hanya mahu menang. Itu sahaja. Simple.
Berikan saya kemenangan dan saya takkan kacau. Saya ada banyak benda lain nak pikir. Tapi kalau dah kalah teruk takkan saya nak biarkan habis sehingga teruk. Saya kena campurtangan sebab takda owner nak kelabnya kalah dan lauk terus.
Semua ada tertulis dan kontrak sebelum pegang jawatan HC. Head Coach datang dan pergi.
Bila menang dia claim semua kejayaan.Bila masalah, senang ja..Angkat kaki.Macam biasa saya juga yang hadap bila ada masalah dan isu besar.
3. Adakah pemain dapat gaji setiap bulan?
Ya semua pemain dapat gaji setiap bulan. Cuma selama 3 tahun ni saya jadi, faham sahajalah ada masa gaji masuk lambat seminggu – dua.
Tapi kalau ada kata berbulan-bulan tak dapat gaji itu adalah fitnah!
Alhamdulillah,semua pemain ada akses ke saya.Mereka boleh call saya anytime dan ramai sahaja yang pinjam duit saya bila mereka terdesak spt kereta rosak atau nak pakai keperluan keluarga.Saya bantu dan ambik berat.
Kelab Kelantan bukan kelab mewah tapi kita ambik tahu dan ambik berat semua keperluan.
4.Adakah Transferban dikenakan ke Kelantan FC oleh FIFA?
Alhamdulillah, so far semua kes FIFA yang dulu-dulu semua dah diselesaikan. Jika kedepannya adalah apa-apa isu berkenaan FIFA dan sebagainya tentu sahaja team legal akan laksanakan tugas mereka dengan baik.
5. Benarkah Frank Bernhardt akan jadi Head Coaches?
Saya ada 2 Option. Nak ambik Head Coach Local atau Import. Saya sedang dapatkan pandangan dari BOD dan Supporting Director dan Team Coaches lain.
Buat masa ni Frank Bernhardt masih Teknikal Director. Jika ada perubahan structure saya akan umumkan segera.
6.Dakwaan Pemain akan penat mengharungi perjalanan perlawanan ditempat lawan dengan Bas?
Saya cakap kat Head Coach apa masalah naik bus?
Kalau HC boleh bagi jaminan menang dengan menaiki Pesawat tentu sahaja saya akan naikkan semua player dgn pesawat.
Lebih cepat cuma kos sahaja tinggi. Tetapi kita ada dapat tajaan sponsor bus. Pakailah. Kenapa nak membazir.
7. Adakah ini dinamakan reset?
Kita reset bahagian coaches sahaja. Akan ada kemasukan team fitness baru. Saya pun baru sahaja meeting dengan Coach Iskandar Salleh dan beliau menyatakan kesediaan untuk jadi Physical Coach TRW.
InshaAllah Saya juga akan berjumpa semua coaches dan pemain petang ini. Pada saya, ada 2 pihak yang benar-benar mahukan kejayaan. Kritikan dan pandangan diterima dan kekal sabar tanpa memboikot.
Dan sepihak lagi hanya mahukan kejayaan tapi tak mahukan masalah.Mahu semua senang. Ada masalah tinggal.
Kepada semua, harap bersabar inshaAllah Kelantan FC akan belayar semula dgn baik. Sikit-sikit hal ada yang penting kita jalan kedepan.
Sumber: Kenyataan media rasmi tersebut daripada Facebook Zamsaham