Zamsaham Mohon Doa Peminat Agar Berjaya Saman KAFA RM3.8 Juta

Pemilik pasukan Kelantan TRW, Norizam Tukiman ataupun Zamsaham telah meminta peminat-peminat pasukan Kelantan agar mendoakannya agar menang dalam kes saman ke atas KAFA.

Ini kerana Zamsaham mahu menggunakan wang itu untuk pembangunan pasukan Kelantan TRW.

Dalam satu status di media sosial miliknya, pemilik pasukan Kelantan itu nekad mahu menyaman KAFA dengan nilai RM3.8 juta.

Dan dia berkata hasil daripada saman itu kelak akan digunakan untuk membina padang latihan yang baharu untuk pasukan The Red Warriors.

Zamsaham dan pihak KAFA terutama sekali pengurusan yang lama dalam KAFA telah beberapa kali mengalami konflik.

Ini termasuk hal yang melibatkan tuntutan gaji daripada bekas pemain Kelantan sebelum pengambil-alihan boleh Zamsaham.

Sebelum Zamsaham pernah mendedahkan bahawa dia telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk menyelamatkan pasukan Kelantan daripada muflis.

Ianya dilakukan kerana Zamsaham sangat sayangkan bola sepak Kelantan yang istimewa di hatinya.

Pada ketika ini Zamsaham berdepan dengan beberapa isu yang tular di media sosial. Ini termasuk isu melibatkan gaji pemain yang belum dibayar.

Zamsaham kemudian menjelaskan bahawa dia bukannya tidak membayar gaji pemain sampai dua bulan. Sebaliknya dia hanya menahan sebahagian daripada gaji pemain sehingga mereka mencapai kemenangan.

Kerana baginya tidak berbaloi untuknya membayar gaji pemain yang tidak dapat memberikan kemenangan sedangkan dia sudah bersusah payah mencari wang.