Zamsaham Nekad Pilih Sendiri Pemain Dan Ketua Jurulatih

Pemilik Kelantan TRW, Norizam Tukiman ataupun Zamsaham nekad untuk memilih sendiri pemain 100%, begitu juga dengan barisan kejurulatihan pasukan itu.

Dalam satu luahannya di Facebook rasmi miliknya, Zamsaham menyatakan bahawa dia sudah penat dengar cakap orang dalam pemilihan pemain dan jurulatih.

Zamsaham menjawab persoalan daripada peminat tentang campur tangan beliau dalam pemilihan pemain. Menurut Zamsaham, dia sudah letih mendengar cakap orang lain dan akhirnya dia juga yang akan bertanggungjawab di atas prestasi hambar pasukan.

Dia mengakui bahawa sebelum ini, barisan remain Kelantan TRW bukan pilihannya. Dan kini dia sedia mengubah polisi tersebut.

Zamsaham berkata: “Yang lepas semua pemain bukan saya pilih.”

“Saya percaya 100% atas semua pilihan yang dicadangkan.”

“Kalah menang saya yang hadap.”

“Agak [ber]masalah, semua angkat kaki. Kali ini biar saya yang pilih sendiri. Coach Alferado, head Coach tu pun saya pilih sendiri bukan orang cadangkan.”

“Penat dah asyik dengar cakap orang. Kali ini saya decide
Biarkan. Anda lihat hasilnya. Baik dan buruk.”

Kelantan TRW berdepan krisis prestasi di dalam padang dan masalah di luar padang. Zamsaham antara tokoh yang kerap menjadi subjek kritikan.

Sebelum ini, bekas pengendali TRW, Choi Moon Sik mengheret TRW ke FIFA. Kemudian ada pemain mendakwa Zamsaham sebagai tidak menjaga kebajikan mereka.