Zanetti: ‘Kalau Boleh Nak Lawan City, Kerana UCL Ibarat Tercipta Buat Buat Madrid’

Timbalan Presiden Inter Milan, Javier Zanetti seolah olah tidak percaya Inter Milan berjaya ke final UCL sekali lagi musim ini setelah 13 tahun tidak melakukannya.

Inter Milan menang selesa secara agregat ke atas seteru tradisi sebandar iaitu AC Milan dengan skor agregat 3-0.

Inter menang 2-0 pada aksi pertama dan menang 1-0 dalam aksi kedua.

Mereka akan menanti pemenang daripada aksi Manchester City bertemu Real Madrid.

Kedua dua pasukan terikat 1-1 daripada perlawanan pertama. Dan akan membuat perhitungan di Etihad awal pagi esok.

Bekas kapten legenda Inter itu berkata, kalau boleh dia mahu Inter berdepan Man City di final berbanding Real Madrid.

Ini kerana rekod Real Madrid apabila masuk ke final UCL adalah menggerunkan.

Real Madrid pemenang 14 UCL dalam sejarah, merupakan yang terbanyak di dalam sejarah pertandingan itu.

Zanetti berkata: “Emosi yang luar biasa. Skuad ini berhak merasai emosi ini. Dan sekarang kita tunggu esok pula untuk mengetahui siapa lawan kita. Namun skuad ini telah merasai banyak sekali cabaran untuk sampai ke tahap ini.”

“Kalau boleh, saya nak elak Real Madrid, kerana pertandingan ini ibarat tercipta untuk mereka.”

“Namun buat mas aini, apa yang penting adalah sampai ke sana [final UCL di Istanbu]. Derbi pada separuh akhir UCL adalah sangat sukar. Saya pernah melalui pengalaman itu ketika bergelar pemain.”

“Dalam fasa ini pada karier kamu, apabila kamu bermain di final, kamu akan tahu kamu akan bermain menentang pasukan besar.”

“Man City bermain bola sepak yang sememangnya luar biasa. Pep Guardiola memiliki perancangan taktikal tersendiri dalam setiap perlawanan. Mereka berbeza berbanding mana mana pasukan lain di Liga Perdana Inggeris. Kerana mereka ada corak permainan berbeza untuk setiap perlawanan.”

“Itu yang membuatkan pasukan pasukan di EPL sukar nak beradaptasi dengan situasi itu.”

“Real Madrid, sekarang ini mereka ada 2 pemain sayap yang sangat berkualiti pada masa ini – Vinicius [Junior] dan Rodrygo. Mereka berdua bakal menjadi pemain bertaraf dunia. Mereka turut ada [Federico] Valverde yang bermain di tengah.

“Saya mahu menyaksikan aksi bola sepak terbaik, jujurnya.”

“Dan akhir sekali, saya berharap pasukan yang terbaik akan menang.”