Naib Presiden Inter, Javier Zanetti kecewa dengan perangai buruk Romelu Lukaku. Hal ini kerana Inter Milan telah banyak berkorban untuk pemain itu.
Zanetti antara pegawai Inter Milan yang banyak bersusah payah kerana Romelu Lukaku. terutama sekali ketika pemain itu mahu kembali semula ke Inter selepas hanya semusim bersama Chelsea.
Sebelum menyertai Chelsea, Lukaku sebenarnya pernah memungkiri janji dia untuk terus kekal walaupun Antonio Conte meletakkan jawatannya. Namun ketika perpindahan berbaki dua minggu lagi dia mendesak untuk dijual ke Chelsea.
Dia menjadikan alasan, masih ada urusan yang tak selesai di Chelsea. Selepas beberapa bulan di Chelsea dia tampil dalam wawancara kontroversi dengan Sky Itali. Di mana dia berterus terang menyatakan bahawa Lautaro Martinez jangan datang ke Chelsea kerana dia sendiri yang akan kembali ke Inter untuk bergabung semula dengan pemain itu.
Lebih gila dia menyalahkan taktikal Thomas Tuchel sebagai punca prestasinya tidak konsisten. Akhirnya Chelsea menggantungnya dari tugasan dan kemudian dia meminta maaf.
Kemudian dia menyatakan bahawa dia mahu kembali semula ke Inter Milan.Dia menghubungi semua orang di Inter menyatakan bahawa dia mahu kembali. Akhirnya Inter pun datang dengaZn tawaran secara pinjaman. Kerana harga Lukaku diletakkan EUR909 juta.
Musim kerpulangannya ke Inter tak segah seperti sebelum ini. Namun Inter tetao berusaha mencari dana untuk membeli Lukaku kerana Chelsea enggan meminjamkan pemain itu lagi walaupun kelab itu tidak memerlukannya.
Inter meminta Lukaku serta ejennya bersabar kerana kelab sedang dala rundingan untuk menjual Andre Onana. Hasil penjualan itu kelak akan digunakan untuk menampung pembelian Lukaku.
Malang sekali ketika Inter benar benar berusaha, dia mengarahkan ejennya berunding dengan Juventus. Kelab yang dia pernah senarai hitamkan dalam kariernya selain AC Milan.
Inter kecewa apabila mendapat tahu perkara tersebut. Lebih mengecewakan rupa rupanya Lukaku dah berunding dengan Juve sehari sebelum final UCL musim lalu.
Juventus pula hanya akan mendapatkan Lukaku jika mereka berjaya menjual Dusan Vlahovic.
Peminat Inter dan Juve benar benar marah dengan apa yang berlaku. Inter akhirnya menamatkan usaha untuk membeli Lukaku. Kemudian pemain itu cuba memperbaiki hubungannya dengan Inter sekali lagi. Tetapi nasi sudah menjadi bubur.
Chelsea sudah menerima arahan daripada Todd Boehly agar Lukaku harus dijual segera kerana pemain itu sendiri menyatakan dia sudah tidak berminat untuk bermain bersama Chelsea.
Sebab itu ia masih tidak ada nombor skuad. Todd Boehly mahu Lukaku dijual ke Arab Saudi tetapi Lukaku masih berkeras enggan bermain di sana.
Zavier Zanetti akhirnya tampil bersuara dengan meluahkan kekecewaannya di atas sikap buruk dan tidak profesional Romelu Lukaku.
Zanetti berkata: “Lukaku sudah mengkhianati kami. Kami sangat sangat kcewa dengan beliau.”
“Kita menjangkakan kelakukan yang sepenuhnya berbeza oleh Remelu, sebagai seorang profesional dan seorang lelaki.”
Inter vice president Zanetti: “Lukaku has betrayed us. We’re very disappointed”. 🔵🇧🇪 #CFC
“We expected completely different behaviour by Romelu, as professional but also as a man”, told Gazzetta. pic.twitter.com/RxlODyqH0C
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 8, 2023