Zarco: Mereka Lebih Dengar Cakap Rossi Berbanding Pelumba Lain, Namun Dia Tetap Idola Saya

Pelumba Reale Avintia, Johann Zarco, terlibat dalam sedikit perselisihan pendapat dengan pelumba Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi, kerana insiden dengan Franco Morbidelli di MotoGP Austria.

Namun bagi Zarco, beliau tidak tersinggung ataupun sakit hati dengan komen daripada Rossi. Sebaliknya masih menganggap Rossi sebagai idolanya.

Valentino Rossi telah menuduhnya sengaja menghalang jalan Franco Morbidelli di Turn 2 di Red Bull Ring yang mengakibatkan kemalangan yang dahsyat dan hampir mengancam nyawa Rossi dan Maverick Vinales.

Motosikal Zarco dan Morbidelli yang terbabas telah melaju ke arah Rossi dan Vinales, yang sedang membelok ke kanan di Selekoh 3.

Nasib baik, keempat-empat pelumba itu tidak mengalami kecederaan parah.

Selepas perlumbaan itu, Rossi telah menuduh Zarco menghalang sengaja meghalang Morbidelli dan meletakkan nyawa pelumba lain dalam bahaya. Ketika dia mendengar tuduhan ini, Zarco segera bersemuka Rossi dan bercakap secara tertutup untuk menjelaskan pandangannya.

Rossi akhirnya berubah pikiran dan menarik balik tuduhannya, namun masih percaya bahawa Zarco sedar akan tindakannya yang memecut dan kemudian menekan brek dengan kuat.

Zarco: Mereka lebih dengar cakap Rossi

Akibat insiden tersetut, FIM Stewards Panel menjatuhkan penalti awal dari pitlane kepada Zarco di MotoGP Styria. Zarco percaya bahawa hukuman ini dijatuhkan kepadanya kerana dipengaruhi oleh Rossi, yang merupakan ikon MotoGP.

Menurutnya, keluhan Valentino Rossi membuat FIM Stewards Panel mendapat tekanan teruk daripada ramai pihak dan media massa.

Beliau juga terkilan dan menuduh FIM Stewards Panel lebih mendengar kata kata Rossi berbanding pelumba lain sepertinya.

“Kita sudah lihat banyak faktor politik memengaruhi perkara ini. Saya tak paham banyak hal, tapi ini akan membuatkan saya lebih matang.”

“Kini terserah pada saya, sama ada memilih untuk bersedih, atau menarik diri, atau  berkata kepada diri sendiri bahawa saya harus tahu cara menghadapi situasi seperti  ini,” tambah Zarco.

Rossi kecam Zarco

Selepas insiden ngerim ketika itu Rossi berkata dia sangat ketakutan namun terpaksa meneruskan semula perlumbaan. Rossi menganggap sentiasa sulit untuk memulakan perlumbaan selepas insiden kemalangan seperti itu.

“Saya sangat takut. Badan saya menggeletar ketika menyambung semula perlumbaan, ianya menjadi sukar.”

“Saya dengan Maverick memperlahankan motor kami dan kami melihat objek melintas. Saya nampak bayang bayang melintas, ingatkan ia helikopter terbang lalu di hadapan kami.

Rossi kemudian melabel Zarco mementingkan diri sendiri dan tidak kisah akan orang lain.

Rossi menganggap ini bukan pertama kali Zarco menunggang secara berbahaya tanpa mempedulikan pelumba lain.

“Tiada masalah untuk kami menjadi agresif, namun apa yang kamu jangan sesekali hilang rasa hormat kepada lawan kamu.”

“Ini sukan berisiko tinggi, kamu harus menghormati orang lain. Bagi Zarco ini bukan benda baru.”

“Franco tak dapat berbuat apa apa, dia melanggar Zarco kerana Zarco tiba tiba membrek dengan kuat di hadapannya.”

“Kita kena sentiasa berhati hati. Kalau tak, kita boleh cedera, dan pengurusan harus bercakap dan melakukan sesuatu ke atas Zarco.”

“Juga minggu lalu, dia membuatkan Espargaro tersingkir, hari ini Morbidelli. Zarco ni gila la” tambah Rossi.

“Ini trek yang dipenuhi motosikal yang laju. Kita sentiasa berada 250kmj dan ke atas.”

“Kamu kena sentiasa berhati hati.”

Ditanya bagaimana beliau menguatkan semangatnya untuk kembali berlumba, Rossi berkata: “Mereka ada berkata, orang yang berani ni sama ada mereka akan buat benda gila ataupun tiada pilihan lain.”

“Saya memang tiada pilihan. Mereka suruh saya kembali ke motosikal, dan saya hanya mampu kata OK.”

Morbidelli kemudian melabel Zarco sebagai separuh pembunuh. Morbidelli tidak berpuas hati dengan tindakan Zarco yang sangat berisiko.

“Saya ok berbanding dengan bagaimana kemalangan itu berlaku. Zarco adalah separuh pembunuh. Dia membrek seperti ini, pada kelajuan 300kmj bermakna dia tidak sayangkan nyawa orang lain yang berlumba di sampingnya.”

“Tindakannya sangat membahaykan saya dan dirinya sendiri, dan juga kepada Valentino Rossi serta Maverick Vinales. Pada momen saya membrek, dia menukar trajektori dan ia mengakibatkan kemalangan.”

Zarco: Rossi tetap idola saya

Bagi pihak Zarco, dia percaya keputusannya untuk bercakap secara peribadi dengan Morbidelli dan Rossi adalah langkah yang tepat.

Menurutnya, Morbidelli masih cukup santai untuk bercakap walaupun pelumba Itali itu terlibat secara langsung dalam kemalangan itu.

Sebaliknya, Zarco mengakui bahawa Rossi agak ‘keras’ sikit terhadapnya. Namun, dia percaya ini tidak bermaksud Rossi membencinya.

“Ketika bercakap dengan Franco, situasinya baik-baik saja, kerana kami mempunyai hubungan yang sangat baik.”

“Ketika bercakap dengan Vale, saya fikir situasinya akan lebih baik, tidak. ”

“Tetapi ini tidak bermakna Vale adalah orang jahat, tetapi dia selalu selangkah di hadapan. Inilah kelebihan pengalaman ada pada dirinya, “kata Johann Zarco.

Pelumba Perancis ini mengakui bahawa dia tidak mempunyai dendam terhadap Rossi.

Dia bahkan mengakui bahawa dia masih menghormati The Doctor, yang telah menjadi idola sejak dia masih kecil lagi.

Zarco malah menekankan bahawa watak Rossi telah memberikan banyak pelajaran dalam kariernya dalam perlumbaan motosikal.

“Vale bukan sahaja hebat di atas motosikal. Dia hebat dalam segala hal. Saya masih lagi peminatnya. ”

“Sekiranya dia tidak menunggang motosikal, dia akan tetap hebat dalam hidupnya. Dia seorang yang mempersona, dan itulah yang saya pelajari dari dia, selalu tersenyum. Saya masih merasakan dia adalah orang yang baik, ” jelas Zarco.

Baca yang lain