Zarco Tampil Jawab Kritikan Rossi Tentang Gaya Tunggangannya Yang Mementingkan Diri Sendiri Dan Bahaya

Johann Zarco dikritik oleh Valentino Rossi kerana gaya tunggangannya yang dianggap Rossi berbahaya sejak dulu lagi.

Dan terbaru, gaya bahaya Zarco telah menyebabkan kemalangan teruk. Zarco tampil menjawab tuduhan Rossi.

Dalam aksi MotoGP Austria di Litar Red Bull Ring, Spielberg, Franco Morbidelli terlanggar Zarco pada pusingan kesembilan. Motosikal keduanya rosak dan melantun lantung sehingga melanggar tembok penhadang.

Malah hampir terlanggar kepala Rossi yang sedang melintas di tikungan.

Zarco dan Morbidelli disahkan tidak cedera parah, tetapi kedua-duanya tidak dapat meneruskan perlumbaan. Sebaliknya, Rossi yang masih trauma dengan insiden tersebut dilihat ketakutan dan menggeletar ketika melihat ulangan tersebut.

Rossi juga mengeluarkan kritikan terhadap Zarco. Doktor mengatakan kejadian ini disebabkan oleh gaya tunggangan Zarco yang mementingkan diri dengan memotong Morbidelli pada situasi berisiko.

Kemudian Zarco menekan brek dengan mengejut ketika ada pelumba di belakangnya.

Rossi: Ini salah Zarco sepenuhnya

Rossi berkata: “Saya sangat takut. Badan saya terketar ketar ketika menyambung semula perlumbaan, ianya menjadi sukar.”

Rossi mengakui dia dan Vinales sangat bernasib baik dan perlu memanjatkan doa di atas apa yang berlaku.

Rossi tidak menolak bahawa litar tersebut agak bahaya, namun faktor yang lebih memburukkan keadaan adalah sikap mementingkan diri sendiri para pelumba.

“Saya dengan Maverick memperlahankan motor kami dan kami melihat objek melintas. Saya nampak ada bayang bayang melintas, ingatkan ia helikopter terbang lalu di hadapan kami.”

Rossi menyalahkan Zarco sepenuhnya sebagai punca kepada insiden itu. Rossi percaya Zarco sedar tindakannya dan sengaja membrek ketika kelajuan lebih 300kmj pada keadaan sempit tersebut ternyata ia satu tindakan membahayakan orang lain.

Rossi kemudian meminta MotoGP mengambil tindakan kepada Zarco yang sudah beberapa kali membahayakan pelumba lain dengan tunggangannya.

“Saya berpendapat, ianya bagus untu bertindak agresif, kerana semua orang nak buat terbaik. Namun apa yang kamu jangan sesekali hilang rasa hormat kepada lawan kamu. Terutama sekali di trek di mana kamu sentiasa di atas 300kmj.”

“Saya sudah bercakap dengan Zarco. Dia memberitahu saya, dia kata dia tak sengaja, kerana dia berada di tepi dan kemudian membrek.”

“Ini sukan berisiko tinggi, kamu harus menghormati orang lain. Bagi Zarco ini bukan benda baru.”

“Franco tak dapat berbuat apa apa, dia melanggar Zarco kerana Zarco tiba tiba membrek dengan kuat di hadapannya.”

“Kita kena sentiasa berhati hati. Kalau tak, kita boleh cedera, dan pengurusan harus bercakap dan melakukan sesuatu ke atas Zarco.”

“Juga minggu lalu, dia membuatkan Espargaro tersingkir, hari ini Morbidelli. Zarco ni gila la” tambah Rossi.

“Ini trek yang dipenuhi motosikal yang laju. Kita sentiasa berada 250kmj dan ke atas.”

“Kamu kena sentiasa berhati hati.”

Morbidelli kemudian melabel Zarco sebagai separuh pembunuh. Morbidelli tidak berpuas hati dengan tindakan Zarco yang sangat berisiko.

“Saya ok berbanding dengan bagaimana kemalangan itu berlaku. Zarco adalah separuh pembunuh. Dia membrek seperti ini, pada kelajuan 300kmj bermakna dia tidak sayangkan nyawa orang lain yang berlumba di sampingnya.”

“Tindakannya sangat membahaykan saya dan dirinya sendiri, dan juga kepada Valentino Rossi serta Maverick Vinales. Pada momen saya membrek, dia menukar trajektori dan ia mengakibatkan kemalangan.”

Zarco jawab Rossi

Zarco menjawab kritikan Rossi. Menurut pelumba Perancis itu beliau tidak ada niat buruk untuk mencederakan pesaingnya di trek.

“Kemalangan itu dahsyat, saya menimpa Franco di landasan lurus kemudian mencuba ke kiri sebanyak mungkin, kemudian saya brek tetapi saya tidak dapat meneruskannya.”

“Kemudian saya kena langgar dari belakang dan kami berdua jatuh, saya secara tidak sengaja menyebabkan kejadian ini berlaku,” kata Zarco yang dipetik oleh Crash .

“Saya tidak berhasrat untuk menutup atau menghalang laluan Morbidelli, tetapi di MotoGP sukar untuk anda mengubah laluan seperti di Moto3.”

“Misalnya apa yang berlaku di Pulau Phillip ketika saya bersama Marc Marquez, saya mengejarnya dan kemudian brek, seperti kata Franco, dia (Marquez) melanggar saya, dan kami berdua berakhir di kerikil [luar trek],” tambah beliau lagi.

“Yang penting sekarang adalah Franco dan Vale tidak cedera. Saya segera memeriksa keadaan mereka untuk mendapatkan gambaran jelas keadaan mereka.”

“Morbidelli ada bersama saya di Pusat Perubatan, kami bercakap dan kami berpelukan.”

“Saya juga bercakap dengan Vale selama 10 minit, saya bercakap dengan jujur ​​dan ikhlas untuk menjelaskan bahawa saya bukan orang gila di atas moto. Saya juga menyesal dengan apa yang berlaku, untungnya tidak ada yang cedera parah, keselamatan adalah yang paling penting,” tegas Zarco.

Sumber: Crash

Baca yang lain