Zehra Gunes: Kini Menjadi Bintang Bola Tampar Turki Paling Popular Di Dunia

Ketika Turki menewaskan China dalam aksi pembukaan kumpulan B, nama Zehra Gunes menjadi perhatian ramai. Menurut Aksam.com, Zehra Gunes kini menjadi pemain bola tampar Turki yang paling popular di dunia.

Selain daripada kerana wajahnya yang cantik, beliau juga menempa nama kerana bakatnya yang luar biasa. Maka tidak hairanlah gadis Turki itu menjadi perhatian dunia.

Turki tewas dalam aksi kedua berdepan dengan Itali, namun nama Zehra Gunes terus melonjak di media sosial.

Mungkin ramai yang ingin tahu, bagus sangat ke Zehra ni? Atau popular kerana menjual rupanya semata mata? Jawapannya, sudah pasti tidak!

Kerana pencapaian Zehra dalam kariernya setakat ini sangat mengagumkan.

Zehra Gunes, atlet berbakat besar

Zehra Gunes lahir dengan nama yang sama pada 7 Julai 1999 di Kartal, Istanbul, Turki. Dia atlet yang sangat aktif dan banyak kali beraksi untuk kelab dan negaranya.

Zehra Gunes pertama kali bermain bola tampar ketika berusia 12 tahun dengan kelab VakifBank. Dan bakatnya terus berkembang sehinggalah menjadi pemain remaja kebangsaan dan kemudian berada dalam skuad senior.

Zehra merupakan pemain yang dianggap sangat solid berada di tengah yang merupakan posisi kegemarannya. Dia memiliki ketangkasan dan juga kemampuan melakukan hadangan yang luar biasa.

Itu telah menjadi aset utama dalam corak permainannya. Zehra menjadi arkitek dan nadi penting untuk Turki di atas gelanggang.

Selain daripada aktif bermain bola tampar, gadis berketinggian 197 sentimeter ini juga merupakan seorang peragawati.

Beliau seringkali berkongsi aktiviti hariannya menerusi instagram Zehragns18.

Beliau merupakan juara Turki selama 2 musim berturut turut di peringkat junior dan juga all stars. Pada usianya 15 tahun, Zehra bermain untuk Majlis Metropolitan Istanbul sebagai pemain pinjaman.

Pada musim yang sama, dia memenangi kejuaraan Turki peringkat remaja. Pada musim 2015/16, Zehra bermain untuk VakifBank dan membantu kelab itu naik dari divisyen 3 ke divisyen 2 selepas menjadi juara.

Pada 2015 juga, Zehra Gunes beraksi dalam Piala FIVB Wanita B-18 di Peru dan menjadi pemain yang menerima anugerah penghadang / blocker terbaik.

Kariernya terus menjadi sorotoan apabila Besiktas menandatanganinya pada musim 2016/17 secara pinjaman. Namun tidak lama kemudian dia kembali semula ke VakifBank.

Pada akhir musim dia menjulang kejuaraan Turki sekali lagi bersama dengan pasukan remaja VakifBank.

Kemudian Zehra menjadi pemain utama yang membantu pasukan kebangsaan Turki memenangi kejuaraan dunia, kejuaraan Balkan dan kejuaraan Eyof. Selain itu Zehra turut membantu Turki memenangi tempat ketiga dalam kejuaraan remaja Eropah.

Kemudian beliau beraksi untuk pasukan B-23 Turki yang beraksi dalam Piala FIVB 2017. Setahun kemudian beliau berjaya dipanggil untuk mewakili skuad senior yang beraksi dalam Piala Bangsa Eropah. Turki berada di tangga ke-4 untuk kategori B-23 tahun.

Dalama kariernya, Zehra Gunes sudah memiliki 1 Piala Dunia Kelab, 1 Liga Juara Juara, 2 Kejuaraan Turki, 1 Piala Turki dan 1 Piala Super Turki bersama dengan VakıfBank.

Lebih manis, apabila Zehra berjaya menempatkan diri dalam skuad olimpik Turki. Dia menjadi pemain penting untuk negaranya.

Berikut adalah pencapaian peribadi Zehra Gunes:

2017 U18 World Championship Best Middle Player

2017 U20 World Championship Best Middle Player

2018 Turkish League Proudly Domestic Special Award

2019 Club World Championship Best Middle Player

Sejarah Ringkas Sukan Bola Tampar Yang Bermula Daripada Cikgu PJK

Bola tampar adalah salah satu sukan yang memiliki ramai pengikut termasuk di negara kita. Ianya adalah satu sukan yang dimainkan 6 sebelah (dahulunya 5 sebelah).

Ada beberapa cabang sukan bola tampar, termasuk bola tampar pantai duo ataupun kuartet. Tetapi kali ini kami akan menceritakan tentang bola tampar yang biasa.

Inspirasi Cikgu William G. Morgan

Sukan ini adalah ilham daripada William G. Morgan pada tahun 1895. Beliau adalah guru pendidikan jasmani Young Men Christian Assosiation ( YMCA ) di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat.

YMCA adalah sekolah yang menempatkan pelajar berasrama yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan aktiviti riadah. Sebelum dikenali dengan volley ball, sukan ini dipanggil mintonette.

G. Morgan mencipta satu sukan yang menggabungkan elemen, bola keranjang, besbol, tenis dan bola baling. G. Morgan sendiri bertemu dengan James Naismith untuk memberikan pandangan tentang sukan baru ini.

James Naismith adalah guru pendidikan jasmani sama seperti Morgan. Naismith juga merupakan individu yang mencipta sukan bola keranjang. Setelah beberapa perbincangan dan kajian dilakukan, maka terhasillah sukan bola tampar.

Sukan ini pada awalnya memang diciptakan untuk pelajar-pelajar di YMCA. Tidak ramai yang mahu bermain sukan ini ketika itu. Ramai yang lebih sukakan permainan bola keranjang.

Tiada banyak perubahan dalam sukan bola jaring ini. Di mana jaring dipasang dalam ketinggian 1.98 meter. Manakala luas gelanggang adalah 7.5 meter x 15.2 meter. Morgan meminjam jaring daripada sukan tenis pada ketika itu.

Setiap pemain akan melakukan 3 servis ke arah lawan dan setiap pasukan cuba mendapatkan mata dengan mematikan rali sepusingan dengan mematikan bola ke kawasan lawan.

Pada 1895, selepas setahun bertapak, sukan ini ditukarkan nama kepada volleyball. Ianya sempena dengan demonstrasi pertama sukan ini di YMCA Training School atas undangan Pengarah Profesional Pendidikan Fizik YMCA, Dr.Luther Halsey Gulick.

Dalam demonstrasi tersebut, William G. Morgan telah membawa 2 pasukan yang terdiri daripada 5 sebelah. Beliau menunjukkan bagaiman sukan tersebut boleh dimainkan di kawasan terbuka mahupun tertutup.

Morgan menerangkan ketika itu sukan itu boleh dimainkan seberapa ramai yang mahu kerana ia untuk beriadah. Selepas penerangan yang menarik oleh Morgan.

Bola rasmi pertama untuk sukan ini dicipta pada 1986 oleh Spalding. Selepas itu, sukan ini menerima evolusi teknik set dan spike pada 1916.

Teknik spike ataupun taktikal kill ini telah diasaskan di Filipina di mana pemain bermain dengan kadar yang sangat intensif.

Pada 1917, sukan ini ditukarkan daripada sistem kiraan 21 mata kepada 15 mata. Negara luar Amerika Syarikat yang pertama bermain bola tampar ialah Kanada pada 1900.

Pada 1947, Fédération Internationale de Volleyball (FIVB) ditubuhkan. Ianya membawa kepada penganjuran kejohanan dunia pertama pada 1949 untuk lelaki dan yang pertama untuk wanita pada 1952.

Sukan ini terus berkembang pesat ke seluruh dunia termasuk Brazil, Itali, Belanda dan banyak lagi negara di Eropah. Selepas itu ia mendapat sambutan di Rusia dan juga negara-negara di Asia.

Ke Olimpik

Pada 1964, sukan ini telah berjaya menjadi acara dalam sukan Olimpik dan konsisten sehingga ke hari ini.

Pada hari ini, bola tampar dimainkan dalam gelanggan berukuran 9m x 8m. Panjang jaring adalah 39.4 inci dengan tinggi 2.43 meter dan 2.24 meter untuk wanita..

3 meter pertama daripada jaring adalah kawasan yang digelar garisan serangan. Secara umumnya, kawasan dalam gelanggan setiap pasukan dibahagikan kepada barisan hadapan dan barisan belakang.

Pemain akan melakukan servis dari luar hujung gelanggang. Setiap ahli pasukan perlu menukar kedudukan mereka mengikut arah jam. Sistem Libero (pemain bebas) diperkenalkan pada 1998.

Libero akan memakai jersi yang berbeza dengan pemain lain. Biasanya mereka memiliki teknik pertahanan yang sangat baik dan lincah. Mereka juga biasanya berbadan lebih rendah dan seorang ‘setter’ yang baik.

Skil & Teknik

Beberapa disipilin dan rutin asas dalam permainan ini

1. Servis – Hantaran pertama dilakukan oleh pemain

2. Hantaran – Satu teknik menghantar kepada rakan

3. Set – Satu teknik untuk mengumpan bola kepada rakan untuk direjam / spike

4. Spike – Teknik rejaman deras ke arah gelanggang lawan. Pelabagai teknik spike termasuk yang deras ataupun mengacah (cheat/dummies)

5. Block – Menghadang serangan lawan terutama sekali spike

6. Dig – Teknik ‘sungkitan’ menyelamatkan bola daripada menyentuh permukaan gelanggang

Rujukan

1. Volley Country

2. Wikipedia