Ramai yang menganggap Piala Dunia 2006 adalah Piala Dunia Ronaldinho. Tetapi itu tak berlaku.
Pemain terbaik kejohanan adalah Zidane meskipun gagal membantu negaranya menjadi juara sekali lagi.
Sebelum pusingan akhir Piala Dunia, Perancis bergelut di pusingan kelayakan. Zidane memutuskan untuk keluar dari persaraan antarabangsa dan membantu negaranya mara.
Dalam aksi suku Akhir Piala Dunia 2006, ia antara aksi terbaik Zidane di pentas Piala Dunia.
Beliau sekali lagi mengajar Brazil selepas melakukannya pada temasya 1998.
Zidane memang dalam form yang baik ketika di Real Madrid.
Selepas menjaringkan gol dalam aksi berhadapan dengan Sepanyol, Zidane yang ketika itu berusia 34 tahun telah melenyek Brazil dengan aksi individu yang mantap membantu pasukannya.
Segala yang dilakukan beliau pada malam itu mencetuskan sensasi, harapan dan pameran kualiti.
Sebelum sepak mula, Zinedine Zidane merenung mata Ronaldo dan kedua dua rakan itu saling tersenyum.
Itu juga aksi terakhir kedua dua mereka di atas padang yang sama di pentas Piala Dunia.
Sejak daripada minit pertama Zidane mulai mengacah dan mempermainkan barisan tengah Brazil.
Antaranya dengan satu turning yang mematikan langkah Ze Roberto dan Kaka.
Dan tak lupa satu aksi simbolik dengan Zidane iaitu roullete.
Marcel Desailly dalam kolum khas di The Guardian menggunakan pujangga: “Bola sepak adalah sukan yang rumit dan pada masa yang sama sukan yang mudah.”
Desailly melihat Zidane sangat tenang dan tidak ada tekanan langsung.
Pengulas perlawanan berkata: “Zidane seorang yang sentiasa yakin dan tak pernah gelabah. Kerana dia sangat yakin dengan kemampuannya.”
Anda bayangkan beliau ditekan oleh pemain pemain bintang dari Brazil, namun masih dapat melakukan beberapa siri sombrero.
Agak ironi kerana Sombrero adalah skil yang sangat popular di kalangan pemain latin. Malam itu, Ronaldo antara mangsa sombrero beliau.
Kaka tidak ada jawapan berhadapan dengan Zidane. Kaka tidak mampu untuk mencuri show daripada Zidane.
Clive Tyldesley dalam ulasannya berkata: “Here is the mystical Zidane, the magical Zidane.” (Inilah dia Zidane yang mistikal, Zidane yang magikal).
Zidane seolah olah puppet master yang menentukan 21 pemain lain sesuka hatinya.
Malam itu disempurnakan dengan satu assist menarik daripada sepakan percuma. Ianya hantaran yang sangat tepat.
Letakkan siapa sahaja di situ, pasti boleh menjaringkan gol, apatah lagi pemain yang bernama Thierry Henry.
Sebelum itu beliau melakukan satu hantaran bahaya / killer pass yang melepaskan Patrick Vieira. Hantaran ke space itu memaksa Juan untuk melakukan tactical foul. Mujur tak dapat kad merah.
Jika anda penyokong Brazil, anda pasti akan menderita diperlakukan, dibuli dan dipekotak katikan Zidane sebegitu rupa.
Jom imbas kembali aksi itu di sini:
Zinedine Zidane vs Brazil, 2006. One of the finest performances ever at a World Cup. pic.twitter.com/N60YmyLUmW
— 90s Football (@90sfootball) December 8, 2022
Namun kita semua tahu pengakhiran kepada prestasi cemerlang beliau di Piala Dunia 2006 berakhir dengan kontroversi kad merah kerana menanduk Materrazzi pada aksi final.
Beliau meninggalkan padang dengan kesedihan. Tetapi, tiada siapa yang mampu menafikan bahawa beliau selayaknya mendapat Anugerah Pemain Terbaik Piala Dunia 2006.