Zidane Dan Messi Membincangkan Kepupusan No.10

Dalam video pertemuan antara Zinedine Zidane dan Lionel Messi baru baru ini, kedua duanya membincangkan soal no.10.

Di mana Zidane memberikan penghargaan kepada Lionel Messi kerana masih menjadi pemain no.10 sejati yang boleh dia saksikan di atas padang.

Zidane turut menyatakan dia agak kesal kerana tidak pernah berpeluang beraksi dalam pasukan yang sama dengan Lionel Messi.

Kembali ke cerita no.10, Zidane berkata: “Pada hari ini, no.10 tak sepenting seperti dahulu. Kita bercakap tentang realiti pada hari ini di mana no.10 semakin hilang tempat dalam posisi permainan di atas padang.”

“Jika kamu bermain 4-3-3 atau 4-4-2, kamu tahun kan bahawa no.10 itu sudah hilang.”

Messi membalas: “Dah tak ramai pemain no.10 yang ada sekarang ini. Pasukan banyak bermain 4-3-3 dan memerlukan pemain lebih berada di posisi dalam berbanding no.10 [yang bebas].”

“Ia sudah tak seperti dulu, di mana no.10 adalah simbol kepimpinan di tengah padang, pemain penghubung [linking up player], itulah yang kita gelar mereka dulu.”

“Hari ini lebih banyak pasukan bermain dengan no.10. Mereka lebih banyak beroperasi dengan inside forward. Ia tidak sesuai dengan sistem no.10, sama juga dengan 4-4-2.”

“Jadi, benarlah bahawa semakin kurang no.10 yang tinggal pada hari ini.”

Inside forward adalah pemain yang bermain di sayap dan kemudian masuk ke dalam kotak penalti apabila menyerang.

Zidane kemudian berkata: “Syukularlah kerana kamu masih bermain dan masih menjadi no.10 yang wujud pada hari ini.”

Apa itu no.10 dalam bola sepak

Ianya merujuk kepada posisi pemain tengah yang beraksi di belakang no.9 (penyerang utama), Mereka bergerak bebas dan menjadi playmaker.

Mereka juga disebut sebagai penyerang kedua. Antara pemain ikonik bermain pernana ini ialah Maradona, Kaka mahupu Zidane sendiri. Mereka biasanya ada dalam formasi seperti 4-2-3-1.

Mereka adalah pemain yang ikonik dan pemain yang diberikan peranan tersebut biasanya secara teknikal akan memakai no.10 dan mereka sangat berkemahiran tinggi.

Mereka adalah ayam tambatan di dalam pasukan, dengan sistem permainan kuncinya ada pada mereka. 10 pemain lain akan bermain dengan cara mereka.

Namun pada hari ini, semakin banyak pasukan tidak bermain dengan sistem no.10 kerana kebangkitan formasi seperti 4-3-3 dan menuntut pemain untuk bermain dengan kadar kerja / workrate yang tinggi.

Antara sebab kenapa pemain seperti Mesut Ozil tidak diperlukan Arteta di Arsenal walaupun dia pemain playmaker yang sangat kreatif. Ini kerana sistem permainan Arsenal di bawah Arteta adalah mementingkan gerakan berpasukan ketika menyerang dan turun bertahan.