Zinedine Zidane tidak akan ke PSG sekiranya Mauricio Pochettino meninggalkan kelab itu selepas tamat musim ini.
Nama Zidane menjadi bualan apabila Kylian Mbappe dikatakan mencadangkan nama pengurus asal Perancis itu untuk mengisi tempat Pochettino.
Mbappe menjadi teras kepada projek baru PSG dalam usaha pasukan itu mahu menjadi juara UCL pada masa akan datang.
PSG sebelum ini sudah memecat Leonardo selepas tamat musim Ligue 1 hanya sehari selepas Mbappe menandatangani kontrak baharu. Mbappe tidak sehaluan dengan Leonardo.
Mbappe dikatakan membuat u turn menolak tawaran Madrid untuk PSG kerana kelab berjanji akan memecat Leonardo.
Zidane dirasakan sebagai individu paling tepat dalam memacu projek UCL di PSG kerana rekodnya bersama dengan Real Madrid. Zidane merupakan salah seorang pengurus paling berjaya dalam sejarah Liga Juara Juara Eropah.
Projek PSG di bawah pemilikan Qatar setakat ini sudah membelanjakan wang yang sangat banyak. Namun masih dianggap belum berjaya kerana tiada UCL dalam kabinet mereka.
PSG yang memberikan kuasa pemilik kepada Mbappe, hanya akan mendapatkan pengurus dan pemain yang disukai Mbappe.
Ini untuk menunjukkan kepada Mbappe bahawa mereka benar benar serius menjadikan pemain itu individu paling penting dalam projek mereka.
Selain daripada cuba memastikan Mbappe kerana gembira dan selesa dengan persekitaran kelab tersebut .
PSG sedia menawarkan Zidane kontrak €25 juta untuk menjadikannya sebagai pengurus paling tinggi bayaran di dunia.
Namun begitu Zidane dikatakan tidak pernah menjadikan wang sebagai motivasi utamanya.
Dia sebelum ini melepaskan kontraknya yang bernilai €24 juta di Real Madrid. Malah setuju untuk kehilangan €6 juta yang masih belum diterima oleh Zidane.
Legenda Perancis itu masih menunggu peluang untuk menguruskan pasukan kebangsaan Perancis. Sekaligus membawa kepada spekulasi bahawa Didier Deschamps akan meninggalkan Perancis selepas kempen Piala Dunia latar 2022.
Selain itu Zidane hanya akan menguruskan kelab yang memberikan dia kuasa penuh dalam rekrut pemain.
Salah satu sebab Zidane meninggalkan Real Madrid adalah kerana campurtangan Perez dalam pengungsian pemain. Ini termasuk dalam situasi Gareth Bale serta penjualan Cristiano Ronaldo.
Polisi di PSG pula, pemilik kelab turut seringkali masuk campur urusan jual beli dan kontrak pemain. Nasser Al Khelaifi sentiasa ada senarai pemain yang dia sendiri mahukan.
Malah campurtangan di PSG lebih teruk daripada di Madrid.
Selain itu Zidane merasakan bahawa Luis Campos yang akan dilantik menjadi Pengarah sukan baharu di PSG akan mengatasi kuasa pengurus dalam rekrut pemain.
🚨 Unless the situation changes, Zinedine Zidane will NOT go to PSG. ❌
The Frenchman wanted to have full powers over recruitment, a wish that is incompatible with the arrival of Luis Campos as sporting director.
(Source: @FabriceHawkins) pic.twitter.com/jP6Pwp7zs0
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) May 22, 2022
Luis Campos merupakan Pengarah Sukan yang diinginkan oleh Mbappe.
Luis Campos menjadi ketua rekrut pemain di As Monaco yang berjaya menemui bakat bernama Kylian Mbappe dan ramai lagi sehingga Monaco menjuarai Ligue 1 pada masa itu dan meraih keuntungan sangat besar daripada penjualan pemain pada musim berikutnya.
Dia kini masih tiada jawatan selepas meninggalkan Lille.
Kini PSG turut memburu beberapa lagi nama termasuk Joachim Löw, Christophe Galtier, Roberto Martínez, Antonio Conte, Thiago Motta dan Julen Lopetegui.
PSG sebelum ini dikatakan sedia menukar terus Conte dan Pochettino.
Bagaimanapun Conte selepas perlawanan terakhir EPL, di mana dia membantu Spurs ke UCL musim depan, dia sudah menyatakan ikrar setia kepada Spurs.
¿Efecto Mbappé🤔?
🇫🇷 Zinedine Zidane candidato al banquillo habría rechazado tomar al @PSG_inside
Entérate el motivo por el que no los dirigirá 👉 https://t.co/gkmM0FUZco pic.twitter.com/JbEKEALium
— Telemundo Deportes (@TelemundoSports) May 23, 2022
Seterusnya Mauricio Pochettino turut menegaskan dia akan terus cuba mempertahankan Jawatannya di PSG.
Jadi siapakah akan menjadi pengurus baharu PSG? Jika Mauricio Pochettino meninggalkan jawatan itu ataupun dipecat.