Zinchenko Dedahkan Dia ‘Tahu’ Dia Bakal Ditendang Dari City Kerana Peristiwa Dengan Guardiola

Zinchenko mendedahkan bahawa tahu dia bakal ditendang oleh Pep Guardiola kerana satu peristiwa di pusat latihan.

Oleksandr Zinchenko yang kini bermain untuk Arsenal telah merenung kembali saat dia meninggikan suaranya kepada Pep Guardiola semasa sesi latihan Manchester City, dan perkara itu dia tulis dalam bukunya.

Dia menengking balik Guardiola yang sebelum itu terlebih dahulu meninggikan suara kepadanya.

Zinchenko menjadikan dirinya sebagai komponen penting kejayaan Manchester City pada tahun-tahun awal Pep Guardiola di Man City, beralih daripada pemain tengah kepada pilihan yang kuat di bek sayap kiri.

Setelah menandatangani kelab itu dari kelab Rusia, FC Ufa pada 2016, Oleksandr Zinchenko dilihat secara meluas sebagai bakat yang sedang berkembang yang lebih cenderung untuk dijual untuk keuntungan atau dibangunkan di tempat lain dala Kumpulan Bola Sepak City.

Bagaimanapun, setelah diberi peluang untuk menarik perhatian dalam skuad utama City berikutan pinjaman musim di PSV Eindhoven, Zinchenko mengambil peranan sebagai bek kiri dan dia telah menggembirakan Guardiola dengan kebolehannya bermain di posisi tersebut dan memhami kehendak taktikal Guardiola.

Menulis dalam buku baharunya ‘Believe’, Zinchenko telah mengenang kembali pada satu ketika apabila dia menjerit balas kepada Pep Guardiola semasa sesi latihan Manchester City, dan terpaksa meminta maaf kerana kemudiannya dia telah disisihkan ke bangku simpanan untuk perlawanan seterusnya.

“Dengan lantang saya berkata, ‘Mister! Seperti, saya hanya melakukan satu hantaran yang tersasar, bukan?’ Dan reaksinya luar biasa,” dedah Zinchenko.

“‘Oh, OK, maaf, maaf,kan saya Encik Zinchenko. Maaf,’ kata Pep. ‘OK, kawan-kawan, terima kasih, semua orang di sini.’ Dan dia [Pep Guardiola] masuk, berjalan ke bilik persalinan. Latihan terus berakhir, semuanya kerana saya menengking dia kembali. Saya tahu saya sedang menghadapi masalah,” sambungnya lagi.

https:/twitter.com/GuardioIismooo/status/1849057907679117815

“Dengar, pertama sekali, saya memang salah [menengking pengurus]. Saya faham serta-merta, tetapi ia akan menjadi bodoh jika saya pergi terus ke pejabatnya dan meminta maaf.

“Ia adalah hari perlawanan dan saya tahu kepalanya betul-betul mengikut rancangan permainan. Tetapi saya meminta maaf selepas perlawanan.”

Zinchenko anggap peristiwa itu akan membuatkan dia terus ditendang keluar. Namun itu tak berlaku.

Hubungan Oleksandr Zinchenko dengan Pep Guardiola kekal kukuh sehingga hari ini. Dia hanya dijual setelah dia memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak dan mahu menyertai Mikel Arteta di Arsenal.

Zinchenko dan Guardiola sering mencari masa untuk beramah mesra setiap kali pertemuan Arsenal dan City.

Zinchenko juga telah mendedahkan dalam bukunya bahawa Pep Guardiola terus menelefonnya secara peribadi pada malam kemenangan Liga Juara-Juara UEFA dan Treble Manchester City pada 2023, mengucapkan terima kasih atas sumbangannya kepada kelab selama bertahun-tahun sebelum detik itu.

Guardiola berkata kepadanya: “Terima kasih Zinchenko, kamu sebahagian besar daripada semua ini.”