Arsenal melalui detik yang sukar di Goodison Park. Pada satu ketika mereka kelihatan akan keciciran mata daripada perlawanan ini.
Namun berkat daripada kesabaran dan terus berusaha, Arsenal berjaya juga mendapatkan gol menerusi Leandro Trossard pada minit ke-69.
Gol itu diolah dengan sangat baik secara taktikal dan teknikal. Trossard yang awalnya berada di garisan tinggi telah menurunkan posisinya ke bawah di half space.
Ini kedudukan awal Trossard, dengan pertahanan Everton melakukan man marking yang ketat.
Fasa seterusnya dia menukar tempatnya ke half space di belakang sedikit.
Dan kemudian Bukayo Saka dengan cepat sudah tahu di mana rakannya berada, menghantar bola dengan cut back yang terus disudahkan Trossard.
Trossard mengakui dia hanya menyeru nama Saka dengan panggilan B je. Ye, sweet kan. Dia sebut B je terus Saka hantar bola.
Leandro Trossard: “It’s always nice to help your team & especially if you can score the winning goal. I think [the goal] was a great action, I called B [Saka] & he saw me, it’s a perfect lay-off & I had to hit it straight with my left – it goes in perfectly. I’m very happy!” #afc pic.twitter.com/b4krOSjj2J
— afcstuff (@afcstuff) September 17, 2023
Ketika ini pemain pemain Everton menjangkakan Saka akan menghantar bola secara menyilang di hadapan gol. Namun tak sangka dia cut back ke belakang sedikit.
Trossard memiliki masa dan ruang sangat terhad dan dia terus mengaplikasikan teknik yang sangat baik.
Menarik sekali apabila Zinchenko terus menjerit menunjukkan ke arah Mikel Arteta dan staf kejurulatihan Arsenal. Kerana ianya seperti taktikal yang sudah dirancang oleh Arteta dan sudah dilatih di sesi latihan,
Zinchenko seperti naik gila tidak percaya bahawa perancangan mereka menjadi.
Sebenarnya, Arsenal memang sudah mencuba untuk mencipta peluang dengan hantaran pendek dan rendah seperti itu. Dalam perlawanan ini Arsenal melakukan 8 hantaran pendek daripada situasi sepakan penjuru daripada 11 keseluruhan yang mereka dapat.
Mereka menggunakan masa sekitar 25 saat untuk mengambil setiap sepakan itu. Arsenal tahu bahawa, mereka tidak akan dapat bersaing secara fizikal untuk hantaran tinggi. Dan mereka juga akan bermasalah jika hantaran pendek mereka terlalu mudah dijangka. Disebabkan Everton sangat kompak.
Oleksandr Zinchenko pointed straight to Mikel Arteta and his coaching staff to credit them for the goal, after Leandro Trossard broke the deadlock from a corner at Goodison Park.
Arsenal took eight short corners out of 11 won and took on average, 25 seconds to take each one.… pic.twitter.com/z1EQoTrE1M
— now.arsenal (@now_arsenaI) September 17, 2023
Gol ini sendiri bermula daripada sepakan penjuru yang rendah dilakukan oleh Arsenal.