Zinchenko: Partey DM Terbaik Dunia, Lebih Bagus Daripada Casemiro Dan Rodri

Zinchenko telah membuat kenyataan tegas tentang kualiti Thomas Partey yang menurutnya lebih bagus daripada Casemiro dan Rodri.

Menurut kapten Ukraine itu, Partey tiada tandingan dan merupakan pemain terbaik di dunia untuk posisi defensive midfielder.

Sambil menyatakan bahawa Partey adalah pemain defensive midfielder terbaik yang dia pernah bergandingan bersama dalam satu pasukan walaupun dalam kariernya dia telah bermain dengan Fernandinho atau Rodri.

Pemain antarabangsa Ghana itu menjadi tumpuan utama Arsenal sejak tiba pada 2020, membuat 103 penampilan dalam semua pertandingan.

Zinchenko menganggap Thomas Partey pemain yang seringkali kurang diberikan perhatian kualitinya sedangkan dia sangat power.

“Saya rasa Thomas Partey [pemain paling underrated].”

Bercakap kepada LIMA saluran YouTube Rio Ferdinand, Zinchenko ditanya sama ada Partey lebih hebat daripada Casemiro.

“Casemiro sememangnya pemain bertaraf dunia, lima Liga Juara-Juara Eropah.”

“Tetapi bagi saya, jika saya terpaksa memilih, ia akan menjadi Partey. Saya ada perdebatan di kepala saya, siapa pemain tengah bertahan / DM terbaik yang pernah saya bermain bersama – ia adalah antara Fernandinho, Thomas Partey dan Rodri. Saya pilih Thomas Partey.”

Ferdinand mencelah” “Lebih bagus daripada Rodri? Saya nak blah dari sini. Maksud saya, Partey ni hebat tetapi nak cakap dia bagus daripada Rodri?”

Zinchenko mempertahankan pendapatnya: “Dia [Partey memiliki segala galanya]. Rodri ni sangat sesuai dengan sistem City. Jika kamu keluarkan dia, City akan menjadi pasukan berbeza.”

“Dia ibarat teras utama perincian di sana. Kerana bagi saya City adalah pasukan yang paling sukar dan rumit untuk bermain dari segi posisi. Tetapi  Rodri menyesuaikan diri di sana dengan sangat baik. Kualiti demi kualit.”

Ferdinand hanya mampu tersenyum mendengarnya.

Legenda United, Ferdinand kemudian bertanya kepada Zinchenko sama ada dia benar-benar merasakan Partey lebih baik daripada Rodri dan dia menjawab: “Rio, sila datang dan jumpa dia dalam latihan. Dia ada segalanya.”

Partey sebenarnya telah bermain dalam posisi baru musim ini, dengan Mikel Arteta menggunakan dia sebagai bek kanan dalam tiga perlawanan pembukaan Arsenal, di mana mereka telah menewaskan Nottingham Forest dan Crystal Palace, dan seri dengan Fulham.

Dam seterusnya Partey seterusnya akan beraksi menentang Casemiro apabila Arsenal menentang Manchester United Ahad ini.

Baca yang lain

Buffon Akui Beli Diploma

Gianluigi Buffon membuat pengakuan mengejutkan ramai apabila dia mendedahkan bahawa dia mengambil ‘diploma terbang’. Buffon menikmati karier bola sepak yang cemerlang dan