Zinchenko Teruja, Impian Tercapai Sarung Jersi The Gunners: “Saya Sokong Arsenal Sejak Kecil”

Oleksandr Zinchenko mengatakan bahawa menyertai Arsenal adalah ‘impian menjadi kenyataan’ selepas dia membesar dengan menyokong kelab tersebut dari jauh ketika dia masih di bangku sekolah lagi.

Bercakap kepada laman web rasmi selepas perpindahan £30m dari Man City secara rasmi, dia menyebut beberapa pemain legenda Arsenal pada masa lalu.

Dan dia menegaskan bahawa dia adalah salah seorang yang teruja setiap kali menonton The Gunners di TV ketika di Ukraine.

Bercakap kepada Arsenal TV: “Pertama sekali saya ingin mengatakan ini adalah impian zaman kanak-kanak yang menjadi kenyataan, kerana saya adalah peminat tegar Arsenal ketika saya masih kecil,” katanya.

“Sejak nama nama seperti Thierry Henry dan Cesc Fabregas masa muda bermain di sini, saya memang sangat seronok menonton perlawanan perlawanan tersebut, Arsenal pada masa itu, dan jelas saya mula mencintai kelab ini, jadi saya sangat teruja dan saya tidak sabar untuk bermain untuk kelab yang menakjubkan ini.”

Menjelaskan tentang gambarnya masa kecil memakai jersi Arsenal, Zinchenko berkata: “Saya ingat lagi, masa tu saya di Donestk, ketika saya di akademi Shakhtar, dan macam saya cakap, ini adalah impian menjadi kenyataan. Saya mulai menyukai kelab ini. Jadi saya teruja, dan tak sabar untuk bermain untuk kelab hebat ini.”

Walaubagaimanapun, dia kini akan menjadi lebih dari sekadar peminat. Kerana dia sendiri akan menyarung jersi keramat Arsenal.

Dia mengakui bahawa dia berbincang dengan Arteta. Pengurus itu menjelaskan peranannya dalam projek baharu Arsenal.

Zinchenko berkata: “Ya, kami bercakap tentang peranan saya dalam pasukan ini, tetapi saya ingin merahsiakannya dan kemudian kita akan lihat nanti.”

“Di mana sahaja pengurus mahu melihat saya beraksi di atas padang, saya akan lalukannya. Ia adalah jawapan yang mudah tetapi ia adalah benar, walaupun pengurus memberitahu saya satu hari nanti saya perlu menjadi penjaga gol, saya akan berada di depan gawang.”

Menyifatkan Arteta sebagai faktor paling penting dalam keputusannya untuk menyertai, berdasarkan kerja sama mereka pada masa lalu, Zinchenko juga tidak sabar untuk bergandingan semula dengan bekas rakan sepasukan City, Gabriel Jesus yang mengambil laluan yang sama pada awal musim panas ini.

“Sejujurnya kami rapat antara satu sama lain dan saya sangat menyayanginya,” katanya.

“Dia kawan rapat saya dan saya ingin mengatakan dia juga terlibat dalam perbincangan dan semua perkara ini, jadi dia memberitahu saya banyak perkara baik tentang kelab yang menakjubkan ini dan tentang suasana ini, dan tentang pemain pemain di sini dan semua orang di sini, jadi saya Saya sangat kagum dan sangat teruja.”

Arsenal sebelum ini seringkali melihat pemain pemain mereka berpindah ke City. Dan inilah pertama kalinya Arsenal menandatangani pemain terus dari City. Sekali dia terus sebat 2.

 

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.