Ziyech Kena Sidai Kat Ofis PSG Kerana Chelsea Hantar Borang Yang Salah 3 Kali

Hakim Ziyech penuh harapan bahawa dia akan menyertai PSG pada hari terakhir jendela perpindahan Januari.

Pemain itu malah sudah berada di PSG untuk melengkapkan proses akhir perpindahan.

Malangnya, ketika di Paris, dia hampa selepas Chelsea dan PSG dilaporkan gagal menghantar borang yang diperlukan pada masa yang ditetapkan.

Walaupun sudah ditulis Here We Go oleh Fabrizio Romano, penyokong PSG ternytata hampa kali ini.

Kesalahan berpunca daripada Chelsea. Di mana kelab itu telah menghantar borang yang salah sebanyak 3 kali.

PSG benar benar kecewa dengan kegagalan rundingan ini. Begitu juga dengan Ziyech yang terpaksa terbang semula balik ke London.

Ziyech sebelum itu mendesak agar perpindahan ke PSG dilakukan segera. Dia sendiri terus terbang ke Paris membuatkan Chelsea terpaksa menyediakan dokumen segera untuk perpindahan pemain.

Chelsea akan membuat rayuan tentang perkara tersebut. Dengan mendakawa bahawa mereka telah menghantar dokumen pada masa ditetapkan. Dan yakin bahawa mereka sudah menghantar borang yang telah diisi dengan betul.

Ziyech menjadi pemain yang kurang gembira di Chelsea sejak sebelum Tuchel dipecat lagi kerana menuntut lebih banyak minit permainan.

Dia cemerlang ketika Piala Dunia 2022. Namun itu masih tidak menjamin tempatnya dalam kesebelasan utama pasukan Chelsea.

Chelsea terbuka melepaskan pemain tersebut. Malah pernah menawarkannya kepada Benfica sebagai salah satu syarat pembelian Enzo Fernandez.

Chelsea memberitahu Ziyech bahawa mereka pun sudah sedaya upaya mahu merealisasikan hasrat pemain itu yang mahu bermain untuk PSG.