Ziyech Terbuka Mahu Tinggalkan Galatasaray Dan Kutuk Pengurus Paling Teruk Dalam Kariernya

Hakim Ziyech menyelar Galatasaray dan jurulatih Okan Buruk dan secara terbuka berkata dia sudah tak mahu lagi bermain untuk kelab itu.

Wartawan Turki, Haluk Yürekli malaporkan bekas pemain Ajax itu menyesali ketibaannya di Istanbul dan mahu pergi secepat mungkin.

Ziyech dibawa ke Galatasaray pada musim panas 2023 dengan harapan yang tinggi. Pada mulanya secara pinjaman dan setahun kemudian dengan pemindahan percuma.

Musim ini, bagaimanapun, playmaker Maghribi itu di Turki hanya beraksi sebelas penampilan sahaja. Menurut wartawan Yürekli, itu juga antara sebab yang menimbulkan rasa tidak puas hati Ziyech sendiri, yang tidak lagi dapat mengawal kekecewaannya.

“Galatasaray sudah berakhir untuk saya. Saya tidak mahu bermain di sini lagi. Saya akan pergi pada bulan Januari,” Yürekli memetik kenyataan emosi daripada Ziyech.

Ketua jurulatih Buruk juga dikecam oleh Ziyech sebagai seorang pengurus yang teruk.

“Saya tidak pernah melihat jurulatih tahap paling teruk seperti itu,” katanya.

Selain itu, Ziyech dikatakan telah menyatakan bahawa dia kesal dengan pilihannya untuk kelab terkemuka Turki itu. “Saya tidak kisah sangat… Saya mahu ditinggalkan sendirian, walau apa pun yang berlaku. Saya menyesal datang ke sini.”

Situasi bekas pemain Ajax di Istanbul itu kelihatan tidak dapat dipertahankan sejak sekian lama. Kembali ke Amsterdam dan perpindahan ke Arab Saudi telah pun menjadi bahan perbincangan dalam pelbagai media.

Dijangka bulan depan ia akan menjadi penentu destinasi baharu Ziyech sebenarnya.