Zizanrumma: “Itu Bukan Keraian ‘Cool’ Tapi Sebenarnya Saya Tak Tau Kami Dah Menang”

Gianluigi Donnarumma ataupun Zizan Razak Itali dianggap melakukan keraian paling cool atau sempoi dengan hanya berjalan seperti biasa. Malah keraiannya membuatkan peminat Itali sendiri tidak pasti sama ada mereka sudah menang atau tak.

Selepas menyelamatkan penalti Saka, Donnarumma berjalan seperti seorang YB memeriksa tapak projek ikan air tawar. Beliau menunjukkan wajah tenangnya.

Peminat Itali yang keliru hanya bersorak ketika melihat pemain lain menyerbu Donnarumma meraikan kejuaraan mereka.

Ramai yang memuji keraian Donnarumma yang sangat tenang dan bergaya itu.

Namun sebenarnya Donnarumma mendedahkan bahawa dia bukan meraikan kejayaan saves tersebut. Malah kembali semula ke tempat dia harus bersedia untuk penalti seterusnya.

Donnarumma tidak tahu sebenarnya pasukannya sudah menang. Oleh sebab itu Donnarumma terlepas momen untuk menjadi pemain pertama menjerit meraikan kejayaan tersebut.

Donnarumma malah terkejut ketika dia melihat ada orang meluru memeluknya dari belakang. Dia kemudian mendengar rakan rakannya menjerit: “Kita juara Zang, kita juara, hok aloh mung Zang, raikang la, berat nanang mung.”

Barulah selepas itu Donnaruma tahu bahawa dia baru sahaja menyelamatkan penalti yang memberikan kejuaraan buat negaranya. Euro kedua dalam sejarah panjang dan dalam bola sepak negara bola sepak seikonik Itali. Kali pertama mereka menang adalah pada 1968 ketika mereka menang ke atas Yugoslavia di Rom.

Itali ketika itu mara ke final selepas ada penentuan lambungan syiling dengan USSR di separuh akhir.

Berikut adalah senarai kejayaan Itali di peringkat antarabangsa:

  • World Cups: 4 (1934, 1938, 1982, 2006)
  • European Championships: 2 (1968, 2020)
  • World Cup runners-up: 2 (1970, 1994)
  • European Championship runners-up: 2 (2000, 2012)

Bercakap kepada wartawan Zizanrumma berkata: “Itu bukan keraian, malah saya sendiri pun dok [tak] pahang [faham] yang sebenarnya kita dah menang,” kata Donnarumma tersasul berbahasa Ganu sikit.

England terus merana menunggu kepulangan bola sepak ke rumahnya. Kerana kali ini Itali membawa bola sepak terbang ke Rom.

Kapten veteran, Chiellini menjulang trofi major dalam karier antarabangsanya selepas setahun lalu mengalami ACL.

Itali ketinggalan awal dalam perlawanan ini namun semangat juang tinggi mereka berjaya menyamakan kedudukan di hadapan puluhan ribu penyokong England di Wembley.

Itali menang 3-2 dalam penentuan penalti. Rashford, Sancho dan Saka gagal sempurnakan tugasan mereka. Manakala Belotti dan Jorginho gagal untuk Itali.

Donnarumma sebelum ini menjadi wira dalam penentuan penalti dengan Sepanyol sekali lagi menjadi wira di malam final.

Prestasi cemerlang bekas penjaga gol AC Milan itu membolehkan beliau menjadi penjaga gol pertama memenangi Anugerah Pemain Terbaik Euro sejak anugerah itu wujud. Donnarumma tidak menang sarung tangan emas, tapi kejayaan ini pastinya lebih manis.

Ke PSG

Donnarumma akan menyertai PSG bagi musim hadapan. Beliau menyertai kelab Perancis itu secara percuma selepas memulakan kariernya di Milan sejak di akademi sehinggalah menjadi penjaga gol skuad utama pada usianya belasan tahun lagi.

Pengurus legenda AC Milan, Arrigo Sacchi menyatakan dia sangat sedih dengan berita itu.

“Saya tak boleh menyembunyikan kesedihan saya. Jika dia [Donnarumma] gembira di Milan, kelab yang membagunkannya dan menghargainya, maka dia harus kekal di sini.”

“Dalam hidup, penting untuk menunjukkan rasa terima kasih kepada mereka yang memberi anda peluang penting dan ini adalah kesempatan untuk menunjukkannya.”

“Kelab [Milan] juga menawarkan kontrak yang besar kepadanya. Oleh itu, saya bertanya pada diri sendiri: mengapa dia pergi? Mengapa mendesak keadaan?”

Bukan Sacchi seorang sahaja, malah semua peminat Milan kecewa apabila Donnarumma tidak lagi berseragam Milan musim depan.

Mujur dia ke PSG. Kalau ke Juventus, kesedihan itu akan bercampur dengan kemarahan.

Donnarumma telah menjadi starter regular Milan sejak debutnya, ketika itu dia baru berusia 16 tahun. Zizang Itali itu telah membuat lebih dari 250 penampilan sejak itu.

Persembahan mengagumkan musim lalu membantu Milan menduduki tempat kedua dalam Serie A, membuatkan kembali ke Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kalinya sejak 2013-14.

Pemain muda itu juga memperoleh penghargaan Penjaga Gol Terbaik liga atas prestasi dan usaha kerasnya.

Super Gigio berkesempatan menjadi legenda di kelab untuk sebaris dengan nama seperti Franco Baresi dan Paulo Maldini tetapi sebaliknya, dia akan meninggalkan kelab itu dengan segera setelah gagal mencapai kesepakatan mengenai lanjutan kontrak.

Baca yang lain