Zlatan: ‘Aku Sengaja Siku Azpilicueta Kerana Dia Berlagak Depan ‘Budak Budak’ Aku”

Zlatan Ibrahimovic membuat pengakuan mengejutkan tentang kekasaran yang dilakukannya ke atas kapten Chelsea, Cesar Azpilicueta sebelum ini dalam aksi antarabangsa di antara Sepanyol dan Sweden.

Namun pemain AC Milan itu menyatakan dia tak akan menyesal berbuat demikian. Malah bertekad akan terus mengulanginya di masa akan datang.

Ibrahimovic berkata kepada The Guardian: “Hidup ni ada turun naik. Jika semua perkara sempurna, kita tak ada benda yang dipkertakan.”

“Kita masih akan melakukan kesilapan. Tiada seorang pun manusia sempurna. Di plaform digital kamu letaklah gambar dengan 20 filer pada muka kamu, dan kamu nampak sempurna.”

“Namun bila saya tengok kamu di realiti, kamu tak sempurna. Kamu cuma manusia biasa macam orang lain. Orang suka menganggap diri mereka sempurna.”

“Saya nak cakap: ‘Saya sempurna apabila menjadi diri sendiri’. Itu tak bermakna saya tak akan buat silap. Cuma saya akan belajar daripadanya.”

“Hari itu, dalam pasukan kebangsaan, saya melakukan kekasaran [ke atas Azpilicueta]. Saya sengaja melakukannya. Saya tak malu untuk menyatakannya kerana dia yang dulu buat benda bodoh kepada pemain pemain saya.”

“Berlagak dia besar di depan pemain pemain saya. Saya tahu itu benda bodoh saya buat, tetapi saya masih tetap mahu melakukannya supaya dia sedar diri: ‘Kau jangan sesekali buat macam tu [berlagak dengan pemain pemain saya]. Kau tak ada telur nak buat dekat aku kan. Biar saya tunjukkan apa yang kau akan dapat kalau kau buat macam tu kat aku’. Sebab itulah saya buat macam tu kat dia.

Ditanya sama ada Azpilicueta ada berkata sesuatu kepadanya tentang insiden itu. Ibra berkata:

“Dia nak cakap apa? Dia tak berani nak cakap tentang perkara itu kat saya, tapi dia cuma berani bercakap tentangnya dekat pemain saya – dia pun angguk je dengarn Azpilicueta bercakap tentangnya – sebab dia ni orang baik.”

“Itu memang bukan perkara yang baik dilakukan oleh saya, tetapi saya masih akan melakukannya di masa akan datang [kalau berada dalam situasi itu sekali lagi]. Kamu yang lain tu jangan pula melakukannya. Tak baik!”

“Itulah saya, saya jenis tak malu mengaku perkara seperti itu.”

Wartawan kemudian menyatakan bahawa, tindakan itu membuatkan Zlatan Ibrahimovic digantung dalam aksi play off selepas ini.

Zlatan membalas: “Saya tak peduli pasal terlepas aksi play off. Paling penting, saya nak dia ni faham bahawa kamu jangan sesekali membuat sesuatu yang tak betul kepada seseorang yang sedang terbaring atas padang. Kamu tak boleh menyerang anjing yang diam.”

“Kalau beranai seranglah orang yang boleh bertindak balas. Senang sahaja dia pilih rakan sepasukan saya yang baru berusia 20 tahun dan sangat baik. Saya harap Azpilicueta faham bermula sekarang.”

Baca yang lain