Zlatan Akui Menyesal Sokong Argentina Kerana Kelakuan Buruk Pemain Mereka, Aguero Hentam Balik

Pemain legenda Sweden, Zlatan Ibrahimovic mengecam pasukan kebangsaan Argentina sebagai berlagak, tidak profesional dan bersikap biadap ketika meraikan kejuaraan Piala Dunia 2022.

Zlatan ternyata berpendapat bahawa itu adalah petanda bahawa negara itu tidak akan memenangi apa apa lagi selepas ini.

Zlatan menyatakan dia agak menyesal kerana pernah menyokong Argentina untuk menjuarai Piala Dunia 2022. Namun dia tetap gembira Messi berjaya menjuarainya.

Zlatan berkata: “Sebelum ini saya pernah berkata, Argentina sudah pasti akan memenangi Piala Dunia.”

“Jika kamu mahu mengingati Piala Dunia Qatar dalam sejarah bola sepak, siapa yang kamu nak dia menang? Messi [bukannya Mbappe], kerana Messi dianggap pemain terbaik dalam sejarah.”=

“Saya simpati dengan Mbappe. Kerana jika kamu sudah menjaringkan 4 gol [termasuk dalam penentuan penalti] pada final, dan kamu masih gagal menjuarai Piala Dunia, itu sangat menghampakan kamu.”

“Namun dia akan mampu memenangi Piala Dunia lagi selepas ini, malah sudah memiliki 1 setakat ini. Jadi saya tidak begitu risau tentang Mbappe [tak akan menjulang Piala Dunia lagi selepas ini].”

“Apa yang saya risaukan adalah pemain pemain Argentina yang lain [selain Messi] kerana mereka tidak akan memenangi apa apa lagi selepas ini. Messi dah memenangi segalanya dan akan diingati.”

“Namun pemain pemain lain? Perangai mereka sangat teruk. Kita tak boleh nak berikan rasa hormat kepada mereka.”

“Ini adalah pandangan saya sebagai seorang pemain profesional yang bermain di peringkat tertinggi. Bagi saya, ini adalah petanda bahawa mereka akan menang sekali sahaja dan kemudian tak akan memenanginya lagi. Kerana kamu tidak boleh menang dengan cara sebegitu.”

Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez kerana menunjukkan isyarat melucah ketika menerima Anugerah Penjaga Gol Terbaik Piala Dunia 2022.

Komen Ibrahimovic menarik perhatian bekas pemain antarabangsa Argentina iaitu Sergio Aguero.

Aguero yang bersara daripada bola sepak pada Julai 2021 kerana masalah jantung telah membidas Ibrahimovic dengan menyatakan bahawa pemain itu juga seorang yang selalu berkelakuan buruk di atas padang.

“Sebelum kamu keluarkan kata kata seperti itu, kan mudah kamu cakap sahaja kamu nak Perancis menang, berbanding bercakap tentang perangai buruk pemain lain.”

“Ianya sangat biadap untuk kamu kata bahawa Argentina tak akan memenangi Piala Dunia lagi selepas ini.”

“Sebelum kamu risau tentang Argentina, lebih baik kamu risaukan dulu tentang negara kamu. Negara kamu tak layak ke Piala Dunia sekalipun.”

“Jom kita imbas kembali detik kamu di atas padang, kamu pun berperangai teruk.”

“Kamu buat bentesan kotor, lepas tu pernah melempang orang, itu yang saya ingat masa kamu bermain untuk Los Angeles Galaxy.”

“Adakah itu contoh berperangai elok atau buruk? Kamu cakap itu sebagai pemain profesional kan. Masa bermain, kamu pun berperangai buruk.”

“Kamu pemain yang bagus, saya tidak mempertikaikannya, kamu juga seorang kaki gaduh. Kamu bergaduh dengan Otamendi, kemudian bertengkar dengan Pep [Guardiola], sebab itu Barcelona nak jual kamu selepas itu.”

“Itu pun masih nak bercakap tentang perangat buruk pemain Argentina. Terlebih dahulu, cerminlah diri sendiri tu dulu, sama ada kamu pernah berkelakuan elok atau tak semasa bermain.”

“Jangan meludah ke langit, nanti jatuh atas muka sendiri.”

“Untuk menuduh pemain pemain Argentina biadap, kamu adalah orang terakhir berhak bercakap benda macam itu. Kamu tidak berhak mengkritik perkara itu. Namun akhirnya kena faham itu pandangan kamu kan.”

Aguero kemudian menuduh Zlatan sebenarnya sakit hati melihat Lionel Messi menjuarai Piala Dunia walaupun Zlatan dalam wawancara itu melabel Messi pemain terbaik sepanjang zaman dan dia mahu melihat pemain itu menjuarainya.

Aguero menambah: “Kamu mungkin sakit hati sebab Messi menang kot. Mungkin itu telah membuatkan kamu terluka untuk mengiktiraf Messi sebagai pemain terbaik di dunia dan Argentina menang Piala Dunia.”

“Adakah saya cuba mengacau Zlatan? Dia yang kacau rakan sepasukan saya dulu. Kamu mungkin boleh bercakap terus dengan saya, kerana saya berada di sana bersama mereka.”

“Saya rasa kamu nak kutuk saya sekali dan sekarang saya kutuk kamu. Kami juara dunai Zlat, jadi kamu rasa nak mati ke?”

Baca yang lain