Masa depan penasihat kanan kelab, Zlatan Ibrahimovic di AC Milan kini dalam bahaya. Ini selepas dia dianggap mengejek geng sejenis ketika membuat cabaran English or Spanish, siapa gerak dulu dia ghheyyyy.
Lembaga pengarah dan pemilik RedBirds yang merupakan pemilik AC Milan tidak selesa dengan konten tersebut. Dan mahu mengambil tindakan tegas ke atas Zlatan.
Dia kini sudah 15 hari tidak masuk kerja. Kerana konflik dengan pengurusan dalaman.
Tindakan itu melanggar polisi kelab yang menyokong kebebasan hubungan sesama jantina dan kebebasan gender. Ramai staf di AC Milan mendesak agar Zlatan Ibrahimovic dipecat daripada jawatannya.
Menurut laporan TuttoSport hubungan Milan dan Zlatan sebelum ini memang sudah agak retak. Ini selepa Zlatan dilaporkan salah guna kuasanya.
Ini apabila dia telah menyingkirkan dan memecat ayah Ignazio Abate. Awalnya ayah Abate diturunkan pangkat daripada tugasan sebagai jurulatih penjaga gol skuad pembangunan kepada skuad wanita.
Ianya gara gara Abate tidak memberikan peluang kepada anak Ibrahimovic iaitu Maximilian Ibrahimovic untuk membuat debut bersama skuad pembangunan Primavera.
Ibrahimovic juga dilaporkan lebih banyak menyaksikan aksi dan sesi latihan skuad pembangunan Milan kerana anaknya itu. Membuatkan Abate menjadi rimas dengan tekanan yang secara tak langsung diberikan Ibrahimovic.
Tensions rise at AC Milan as Zlatan Ibrahimovic's controversies with RedBird Capital Partners threaten team stability before crucial matches. https://t.co/1tgIphXYGV pic.twitter.com/LdZQFIN1kA
— World Soccer Talk (@worldsoccertalk) September 13, 2024
Anaknya, sudah mendapatkan kontrak lanjutan baharu di pasukan pembangunan AC Milan. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan Abate yang dianggap tidak bagi muka kepadanya untuk menjadikan anaknya pemain utama Primavera, maka Zlatan telah memutuskan mengambil tindakan drastik yang berbentuk peribadi.
Zlatan dan Abate merupakan sahabat baik ketika bermain bersama sama di AC Milan sebelum ini. Namun Zlatan telah membalas dendam ke atas rakannya sendiri itu dengan menyingkirkan ayah Abate daripada kejurulatihan pasukan pembangunan lelaki. Dan kemudian memecat ayah Abate tanpa sebarang notis.
Zlatan dijangka tidak akan bersama sama dengan pasukan ketika aksi AC Milan menentang Venezia.
Peminat benar benar marah dengan Zlatan kerana sebelum ini dia masih meneruskan cuti 2 harinya ketika kelab seri 2-2 dengan Lazio dan berlaku sedikit ketegangan di bilik persalinan.
Sebagai info, Zlatan adalah lantikan khas daripada RedBird di AC Milan. Dia bertindak menjadi penasihat kanan kelab itu.