Zlatan Dedah Kisah Menyayat Hati, Kali Terakhir Dia Menangis Kerana Tak Dapat Gaji Di Malmo

Zlatan Ibrahimovic dikenali dengan satusnya selaku antara pemain paling pailang dalam sejarah.

Zlatan seorang yang ada ego yang sangat tinggi sejak dari muda lagi. Pernah sekali, Zlatan menolak untuk menyertai sesi pemilihan / trial di Arsenal. Walaupun ketika itu dia hanyalah pemain remaja.

Zlatan berkata: “Maaf, Zlatan tidak akan hadiri audition.”

Satu lagi kisah menarik tentang Zlatan adalah ketika dia berkongsi detik terakhir dia menangis selaku seorang lelaki.

Ianya bukan kerana haiwan peliharaannya mati ataupun ditinggalkan kekasih. Tetapi kerana wang. Zlatan menegaskan bahawa, wang adalah segala galanya baginya.

Zlatan berkata: “Kali terakhir saya menangis adalah ketika saya tidak menerima gaji daripada Malmo FF.”

“Masa tu saya terus menulis surat rasmi kepada lembaga pengarah liga untuk menolak kesemua 3 mata yang mereka menangi atas bantuan saya.”

“Board memberitahu saya: ‘Wang kamu telah dimasukkan ke akaun ibu bapa kamu, kerana menurut perundangan, kamu masih mudah dan tidak boleh menerima gaji terus ke akaun kamu.”

“Saya membalas dengan memberitahu Board: saya juga penjaring terbanyak walaupun masih muda, dan membantu Malmo menjuarai liga, itu semua sah berdasarkan undang undang. Kalau macam tu, mereka tak boleh berikan 3 mata kepada Malmo sehinggalah saya cukup umur.”

“Hari berikutnya mereka terus memindahkan wang ke akaun saya. Saya lebih ‘tua’ daripada undang undang. Wang adalah hidup saya.”

Mungkin Zlatan maksudkan dia menangis sedih yang terakhir. Sebab dia pernah gak menangis selepas itu terutama sekali ketika bercerita tentang reaksi anaknya ketika Zlatan kembali semula ke pangkuan antarabangsa Sweden.

Ini selepas Zlatan mengumumkan keluar daripada persaraan antarabangsa.

Van Basten Pernah Diprovok Pemain Remaja: “Siapa Lagi, Dialah Zlatan, Nama Keluarganya Ibrahimovic”

Marco Van Basten merupakan legenda Belanda, AC Milan dan juga Ajax. Beliau pemain yang bermain untuk generasi emas AC Milan dan membentuk gandingan luar biasa dengan Ruud Gullit.

Penyokong AC Milan sentiasa mengingati kehebatan Marco Van Basten. Namun sayangnya, kehebatan beliau itu terpaksa terhenti kerana kecederaan.

Kecederaan di buku lali beliau terlalu teruk pada ketika ini, dan ianya berulang. Kecederaan itulah yang memaksa beliau membuat persaraan awal ataupun pencen muda.

Ketika mengumumkan persaraan itu, Fabio Capello menangis kerana tahu beliau baru kehilangan bakat luar biasa yang dihancurkan oleh kecederaan buku lali.

Aksi terakhir beliau untuk AC Milan ketika itu adalah ketika baru berusia 29 tahun. Beliau merupakan pemenang 3 Ballon d’Or di dalam kariernya. Ianya cukup menceritakan betapa hebatnya karier Van Basten.

Namun selepas itu beliau kembali semula ke Ajax, menerima tawaran menjadi jurulatih bersama kelab lamanya itu. Beliau cuma ada dua kelab di dalam kariernya sebagai pemain iaitu Ajax Amsterdam dan juga AC Milan.

Dalam buku autobiografinya, beliau menceritakan sebenarnya beliau dipaksa bersara oleh AC Milan.

Van Basten berkata: “Di Milan, saya merasakan ia adalah sebahagian keluarga saya. Kami hidup bersama dengan bahagia. Kamu nampak saya lahir sebagai seorang pemain dan seorang insan.”

“Kamu juga melihat bagaimana karier saya berkembang di sana. Malangnya, kamu sendiri melihat bagaimana pengakhirannya.”

“Saya memberitahu rakan rakan saya, bahawa saya boleh bermain di sana sehingga berusia 38 tahun.”

“Pada awalnya saya tidak faham dengan apa yang berlaku. Saya terlalu fokus kepada benda yang tak elok.”

“Saya terlalu memikirkan, kenapa kesakitan itu menimpa saya? Saya tidak pernah mendapat jawapannya.”

Seterusnya Marco Van Basten menceritakan beliau diprovok oleh budak remaja bernama Zlatan Ibrahimovic, ketika kembali semula ke Ajax sebagai jurulatih.

Ketika itu beliau masih lagi dalam proses untuk pulih daripada kecederaannya.

Van Basten masuk ke padang latihan dan dia disapa oleh pemain remaja yang baru nak up. Tak siapa pun berani melakukannya, kecuali pemain remaja seorang itu sahaja.

“Saya kembali semula ke Ajax sebagai jurulatih. Dan ada seorang budak muda ni provok saya.”

“Hanya dia sahaja berani memprovok saya, dan dia masih lagi budak mentah.”

“Dia berkata: ‘Jadi kamu adalah Van Basten? Hantar / passs bola tu kat saya. Sekarang tunjukkan kemampuan sebenar kamu’.”

“Saya tak dapat gerakkan buku lali saya ketika itu.”

Van Basten agak geram dengan pemain remaja yang berani berkata begitu kepadanya.

“Saya pasti kamu tahu saya bercerita tentang siapa? Nama dia Zlatan, dan nama keluarga dia Ibrahimovic.”

Zlatan sentiasa terhutang budi dengan Marco Van Basten yang banyak membantunya tentang asas menjadi pemain hebat, terutama sekali dari segi posisi.

Zlatan Ibrahimovic pernah menyatakan kepada media: “Jangan sesekali bandingkan saya dengan Van Basten. Dia adalah masa lalu, dan saya adalah masa sekarang.”

Itulah kisah Zlatan Ibrahimovic yang dari dulu perangainya memang hati kering. Namun beliau seorang yang sangat komited dengan latihan dan menghormati jurulatihnya.

Zlatan sebenarnya sangat meminati Van Basten dan menghormati legenda Belanda itu.