Walaupun Pep Guardiola seringkali menganggap Zlatan Ibrahimovic sebagai sahabat baiknya, namun hakikatnya pemain itu tidak pernah berkata begitu tentang hubungan mereka.
Zlatan malah dari dulu kerap kali menyindir Guardiola dan menyatakan dia tak sukakan pengurus itu.
Sejak Zlatan meninggalkan Barcelona, beliau tidak pernah berhubung secara peribadi dengan Guardiola.
Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain yang dimahukan Guardiola pada 2009 dan bertukar ganti dengan Samuel Etoo – yang ketika itu kecewa dengan Guardiola yang dianggap tidak menghargainya.
Kehadiran Zlatan Ibrahimovic di Barcelona tidak seindah yang disangka. Kerana ianya menjadi mimpi ngeri dalam kariernya.
Dalam satu wawancara yang diterbitkan Barca Universal, Ibrahimovic menganggap Ferrari menjadi permulaan kepada keretakan hubungannya dengan Guardiola.
Dan peristiwa itu berlaku ketika dia masih baru bergelar pemain Barcelona. Ketika pertemuan pertamanya dengan pengurus itu, Guardiola mengingatkan Zlatan bahawa dia tidak membenarkan pemain membawa Ferrari ke pusat latihan dan beberapa kereta mewah lain.
Dia mahu pemain tidak terlalu fancy dan flex kekayaan mereka ketika datang berlatih.
Zlatan berkata: “Ketika saya berjumpa dengan Guardiola dia memberikan saya amaran: ‘Ingat, pemain tidak boleh datang ke sini [pusat latihan] dengan kereta Ferrari.’ Dan kamu tahu tak apa yang saya buat lepas tu?”
“Saya beli sebuah kereta Ferrari dan mebawanya ke pusat latihan.”
Guardiola terus tidak suka dengan Zlatan yang dianggap tidak menghormatinya. Dan hubungan mereka semakin tegang. Akhirnya dia dipinjamkan ke AC Milan dan kemudian melengkapkan perpindahan tetap.