Zlatan Ibrahimovic: Daripada Pencuri Basikal Kepada Legenda Bola Sepak Kebanggaan Sweden

Dilahirkan pada 3 Oktober 1981, di Malmö, Sweden, Zlatan Ibrahimovic melalui pelbagai detik sukar untuk menjadi bintang bola sepak profesional.

Dia bermain untuk kelab di Sweden, Belanda, Itali, England dan Sepanyol, menjadi nadi dan penjaring utama untuk membawa pasukannya memenangi Kejuaraan Liga Domestik.

Salah satu tokoh sukan yang paling berpengaruh, Ibrahimovic mengeluarkan autobiografi pada tahun 2011 dan penjualannya sangat memberangsangkan.

Beliau sangat terkenal dengan sikap Ego yang tinggi.

Seorang yang mempunyai mulut besar, ketika ditanya tentang soalan-soalan pelik dari wartawan, beliau sentiasa ada jawapan terbaik untuk menutup mulut wartawan itu.

Contohnya ketika ditanya “Bagaimana anda boleh menjaringkan gol secantik itu?adakah memerlukan latihan yang lama”?

Dan jawapan dari Zlatan sangat mudah,padat dan mampat.

“Kerana saya Zlatan”.

Mudah bukan? Wartawan pon malas dah nak tanya apa-apa lagi.

Namun siapa sebenarnya sosok Zlatan Ibrahimovic ini?

Kehidupan Awal

Pemain bola sepak Sensasi Zlatan Ibrahimovic dilahirkan pada 3 Oktober 1981, di Malmö, Sweden. Bapanya berasal dari Bosnia dan Ibunya dari Crotia.

Orang tuanya bercerai ketika Ibrahimovic berusia 2 tahun.

Zlatan menghabiskan masa kecil yang sukar sebagai seorang pendatang yang tinggal di perkampungan pendatang di daerah Rosengård.

Dengan akaunnya sendiri, Ibrahimovic mengaku ketika kecil beliau adalah pencuri basikal dan pembuli disekolah.

beliau sudah berbakat dalam bermain bola ketika kecil lagi. Dengan mempunyai ketinggian dan saiz tubuh badan yang besar beliau telah di asah dan dilatih untuk menjadi seorang atlet yang sangat berjaya.

Kisah Mencuri Basikal Zlatan

Zlatan telah mencipta nama dengan usaha kerasnya sendiri di akademi kelab dari kelaparan yang wujud dalam jiwa Zlatan.

Beliau berlatih lapan jam sehari dan membaiki teknik dengan bermain bola sepak jalanan di Rosengard.

Keinginan tinggi Ibrahimovic kekal dalam ingatan Ola Gallstad apabila ada pemain yang berputus asa dalam perjalanan menjadi pemain profesional seperti Tony Flygare yang memiliki bakat yang lebih hebat dari Zlatan tetapi gagal memenuhi potensi yang ada.

“Aku fikir ini cerita yang menjelaskan kenapa Zlatan sangat teknikal dan berjaya dalam karier bola sepaknya.” Ujar Gallstad.

Sebelum memiliki Volvo XC90, Zlatan berbasikal sejauh 5km ke Malmo untuk menghadiri sesi latihan dan pada kebiasaanya basikal itu bukan milik Zlatan malah basikal Gallstad juga pernah di ‘pinjam’ oleh Zlatan.

Gallstad mengimbas kembali, Zlatan pernah ‘merembat’ basikal beliau.

“Aku ada basikal untuk ke latihan, masa nak balik tu aku tengok basikal aku dah takde.

“Mungkin ada pemain yang fikir mereka ambil basikal aku lepas tu esok boleh guna buat pergi latihan.”

“Rupanya Zlatan rembat basikal aku. Tak guna punya budak. Esok aku perati je dari tingkap tempat latihan dan aku nampak Zlatan sampai. Aku jerit’Woi Atan!’(Mungkin Atan adalah nama manja zlatan ketika kecil)

“Kemudian Atan membalas, ‘Im so sorry’.” Ujar Gallstad sambil ketawa mengingat kembali Im Sorry Zlatan persis gaya Amir Raja Lawak.

Kerjaya Profesional

Ibrahimovic membuat debut profesionalnya untuk Malmö FF pada 1999, dan beliau membantu kelab divisi kedua itu melonjak naik ke divisi pertama musim berikutnya.

Penyerang berketinggian 6’5 itu kemudiannya menandatangani kontrak dengan kelab Belanda yang terkenal AFC Ajax.

Beliau telah mengasah bakatnya yang hebat di sana dan menjadi sehahagian dari pasukan yang telah memenangi dua kejuaraan liga ketika itu.

Selain dari dapat menunjukkan bakatnya yang hebat, beliau juga ketika itu sangat dikenali dengan reputasi sebagai pemain yang temperamental.

Ke Pentas Dunia dan Menjadi Lagenda

Selepas empat tahun bersama Ajax, Ibrahimovic berpindah ke Juventus F.C. Beliau mengetuai kelab Itali itu untuk memenangi dua kejohanan Serie A.

Walau bagaimanapun, Juventus telah dilucutkan gelaran Juaranya apabila pengurusan kelab dituduh mengatur perlawanan dalam skandal Calciopoli yang sangat terkenal ketika itu.

Ibrahimovic terus menyelesaikan perpindahannya ke Inter Milan selepas dari kes itu. Beliau lebih menyerlah ketika bersama Inter dan peroleh banyak kejayaan disana.

Penyerang tinggi lampai Itu berjaya membawa Inter menjuarai tiga gelaran Serie A berturut-turut.

Beliau juga telah berjaya memenangi Kasut Emas pertamanya pada tahun 2009. Beliau kemudiannya telah di hantar ke F.C Barcelona untuk Inter mendapatkan Samuel Eto’o pada tahun 2009.

Ibrahimovic bermain dengan cemerlang ketika disana sehingga berjaya membantu Barcelona menjuarai Liga dan “Super Cup” pada ketika itu. Dimana ada Zlatan disitulah adanya Kejuaraan.

Kalau waktu tu dia sertai Liverpool mungkin Piala Priemier League sudah ada dalam kabinet pasukan Liverpool.

Namun pada ketika itu juga beliau mengalami masalah tidak sehaluan dengan pengurus pasukan Barcelona Pep Guardiola. Beliau kemudian menghabiskan musim berikutnya dengan dipinjamkan ke A.C. Milan.

Pada musim 2011/12 Milan terus membeli Ibrahimovic dan memberinya kontrak tetap bersama pasukan bukan lagi sebagai pemain pinjaman.

Ketika itu juga Ibrahimovic berjaya memenangi gelaran Kasut Emas buat kali kedua untuknya di Serie A.

Beliau antara pemain yang berjaya memenangi 8 kejuaraan Liga secara berturut-turut bersama pasukan berbeza. Musim berikutnya beliau telah berpindah ke Paris Saint-Germain, penyerang veteran itu membuktikan dia masih berbisa dengan merangkul gelaran Kasut Emas buat kali ketiga dengan menjaringkan 30 gol.

Dengan kehebatan dan ketangkasan yang beliau miliki selain berjaya mendapatkan Kasut Emas ketiganya beliau juga telah membantu pasukannya itu menjuarai Ligue 1 yang pertamanya dalam tempoh 19 tahun.

Selepas cemerlang menakluk Ligue 1 beliau berhijrah ke Manchester United pada 2016, Ibrahimovic membantu kelab Inggeris itu memenangi Final Liga Europa UEFA 2017.

Pada musim berikutnya beliau hanya berehat di kerusi simpanan dan tidak lagi turun beraksi kerana mengalami kecederaan lutut pada akhir Disember.

Zlatan Keluar Daripada Eropah

Pada bulan Mac 2018, United telah mengesahkan bahawa mereka telah menamatkan kontrak pemain veteran itu. Lalu membuka peluang untuk Ibrahimovic meneruskan kariernya dengan menyertai pasukan LA Galaxy di AS.

Ibrahimovic selepas itu membuat kenyataan di laman Instagram nya :

“Perkara-perkara menarik juga akan berakhir dan sudah tiba masa untuk pergi selepas dua musim yang hebat dengan Manchester United. Terima kasih kepada kelab, peminat, pasukan, jurulatih, kakitangan dan semua orang yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah saya. “

Di Amerika, Ibrahimovic banyak merangkul anugerah peribadi serta menjaringkan banyak gol-gol yang cantik. Beliau mempunyai banyak peminat disana.

Namun pemain bintang Sweden itu tidak menunggu lama disana. Selepas mencipta nama sebagai salah seorang Lagenda di LA Galaxy beliau berpindah semula ke Serie A.

View this post on Instagram

I AM LA!!!

A post shared by Zlatan Ibrahimović (@iamzlatanibrahimovic) on

Kembali Ke AC Milan

Pada 27 Disember 2019, Ibrahimović kembali ke Milan dengan perpindahan percuma dengan kontrak enam bulan sehingga akhir musim, dengan pilihan untuk melanjutkan kontraknya sehingga akhir musim 2020-21, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Dia membuat penampilan pertamanya sejak kembali ke kelab itu pada 6 Januari 2020, sebagai pemain pengganti dalam perlawanan yang berkesudahan seri 0-0 ke atas Sampdoria di Stadium San Siro.

View this post on Instagram

I never left @acmilan

A post shared by Zlatan Ibrahimović (@iamzlatanibrahimovic) on

Ibrahimović menjaringkan gol pertamanya untuk Milan sejak kembali pada 11 Januari, dengan kemenangan 2-0 ke atas Cagliari.

Dengan jaringan itu menyaksikan dia telah menjaringkan gol dalam setiap empat dekad yang lalu (1990-an, 2000-an, 2010-an, 2020-an).

Itu lah kehebatan seorang lagenda bernama Zlatan Ibrahimovic.

Imej dan Kehidupan Peribadi

Salah satu tokoh paling berpengaruh dalam bola sepak, penyerang sensasi itu telah menjenamakan “Zlatan” dan “Zlatan Ibrahimovic” pada tahun 2003, mewujudkan hak penamaan eksklusif untuk pakaian sukan dan produk lain di seluruh Kesatuan Eropah.

Ibrahimovic telah bertemu dengan teman wanitanya, seorang bekas model Sweden Helena Seger, ketika diawal karier profesionalnya.  Mereka mempunyai dua anak bersama.

Bintang bola sepak Zlatan Ibrahimovic mengeluarkan autobiografinya, I Am Zlatan Ibrahimovic, pada akhir tahun 2011. Penjualannya sangat laris.

Ia berkisahkan tentang zaman kanak-kanak Ibrahimovic yang kasar dan permasalahan dengan Guardiola dan pemain lain. Versi bahasa Inggeris juga telah diterbitkan pada September 2013.

Begitulah serba sedikit tentang siapa Zlatan Ibrahimovic. Seorang pencuri basikal yang berjaya menjadi seorang pemain Bola Sepak Terkenal.

Baca yang lain