Zlatan Ibrahimovic Terjebak TikTok Kerana Cinggey Ini, Leotta Jawab Tuduhan Perampas Laki Orang

Zlatan Ibrahimovic menceburkan diri dalam dunia TikTok dan muncul bersasma Diletta Leotta, penyampai sukan Itali yang cantik.

Dilleta Leotta antara selebriti yang sangat popular di Itali ketika ini.

Lalu timbul khabar angin bahawa kedua duanya sedang berdating ataupun berpacaran.

Leotta dilihat sedang menari nari sambil Ibrahimovic memerhatikannya dari belakang sambil bertepuk tangan seperti orang jahat cerita Hindustan.

Kedua dua figura popular itu juga saling balas membalas komen di ruangan media sosial.

Video itu juga dikongsi oleh Leotta di akaun Instagram peribadinya, iaitu @dilettaleotta. Kapsyen unik melekatkan video. Wanita seksi cantik itu menulis, “Zlatan mengiktiraf [Zlatan approved].”

View this post on Instagram

Zlatan approva @buddyfit 🤣💪🏼

A post shared by 🌸Diletta Leotta🌸 (@dilettaleotta) on

Ada yang mulai menuduh Leotta sebagai perampas laki orang. Ini kerana Zlatan Ibrahimovic sudah berkeluarga dan sudah lama bersama isterinya.

Isteri Zlatan bernama Helena Seger. Zlatan sangat setia kepada isterinya walaupun dia seorang yang nakal.

Oleh itu ada sesetengah pihak tidak selesa dengan Leotta yang dianggap menggedik dengan lelaki yang sudah ada isteri.

Ada juga yang meminta Zlatan untuk menjauhi skandal dengan cinggey.

Leotta menafikan

Namun begitu, Leotta bingkas menolak khabar angin bahawa dia mempunyai hubungan istimewa dengan penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic.

Dia menekankan bahawa hubungan itu terhad hanya kepada hubungan profesional.

Leotta menegaskan kedua dua mereka bekerjasama selaku duta produk Buddyfit – sebuah aplikasi sukan.

“Tidak ada hubungan antara keduanya selain dari kolaborasi profesional sebagai duta jenama untuk Buddyfit,” kata Diletta.

“Bersama [berpacaran] dengan lelaki yang sudah berkahwin tidak boleh diterima dalam prinsip hidup saya.”

“Dengan semua pilihan di dunia ini, anda harus jelas untuk tidak meletakkan diri anda dalam situasi yang salah untuk merembat laki orang,” kata Diletta.

Ini adalah video iklan yang dimaksudkan Diletta.

Diletta Leotta adalah penyampai Liga Itali untuk perkhidmatan saluran streaming sukan, DAZN.

Wajah yang cantik dan kecerdasannya menjadikan Diletta Leotta kini menjadi perhatian umum.

Diletta Leotta dianggap cukup cekap ketika mengendalikan rancangan bola sepak dan memiliki pengetahuan yang sangat bagus.

Leotta adalah gadis yang memiliki ijazah undang-undang dari Universiti Luiss di Rom setelah menamatkan pengajian pada tahun 2015.

Leotta bekas pemenang Miss Elegant di acara Miss Italy.

Leotta sendiri dikenali sebagai penyampai yang mempunyai sifat rajin.

Malah rakan sekerjanya –  Salvo La Rosa menggelarkan Leotta sebagai “ulat buku” kerana sifatnya yang rajin.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang