Zlatan: Ini Kali Milan Boleh Menang Serie A, Tapi Perjalanan Masih Jauh

Zlatan Ibrahimovic percaya AC Milan musim ini boleh menjuarai Serie A musim ini selepas kemenangan bermaruah ke atas lawan sebandar Inter Milan.

AC Milan kini berada di tangga teratas Serie A dengan rekod kemenangan 100%.

Zlatan Ibrahimovic menjaringkan 2 gol dalam 16 minit pertama. Dan hanya Lukaku yang mampu menjaringkan gol bagi Inter. Sekaligus gagal comeback dalam perlawwanan ini.

Bercakap kepada Sky Italia, Zlatan berkata: “Kami baru berada di permulaan.”

“Sejak saya tiba pasukan ini telah melakukan banyak perkara yang bagus, terutama sekali selepas lockdown.”

Pasukan ini berkembang secara mentaliti. Pemain muda lebih bertanggungjawab. Mereka berlatih dengan bagus sekali.”

“Saya pula [selaku pemain veteran] rasa bertanggungjawab sebab saya paling tua dalam pasukan ini.”

“Ini situasi yang saya sangat sukai, semua orang di sini mengikut seperti apa yang saya mahukan, semuanya laparkan kemenangan.”

“Kita fikirkan satu perlawanan dalam satu masa. Setiap perlawanan ibarat final. Apbila saya tiba di sini, matlamat kami adalah ke Eropah dan kami berjaya mencapainya.”

“Musim ini kelab juga mensasarkan untuk ke Eropah lagi. Namun matlamat peribadi saya berbeza sekali, saya akan simpan untuk diri sendiri.”

Ditanya sama ada, AC Milan akhirnya akan mampu menjuarai Serie A?

Zlatan berkata: “Scudetto? Pada pandangan saya memang tak mustahil kali ini, asalkan setiap orang percaya boleh melakukannya. Kami kini percaya kami mampu.”

“Dan lepas ini kita akan tengok bagaimana kempen ini berakhir. Masih jauh lagi perjalanan.”

Baca yang lain