Zlatan Kembali Ke AC Milan

Zlatan Ibrahimovic dilaporkan setuju untuk menyertai kembali pasukan AC Milan.

Perkara itu disahkan oleh koresponden dipercayai di Milan iaitu Fabrizio Romano.

Menurut Romano lagi, bekas pemain antarabangsa Sweden, Zlatan Ibrahimovic baru sahaja menerima tawaran AC Milan dan akan tiba di Milan esok.

Zlatan Ibrahimovic sebelum ini pernah bermain untuk AC Milan dalam 85 perlawanan dan menjaringkan 56 gol untuk pasukan tersebut.

Beliau merupakan generasi terakhir AC Milan yang menjuarai Scudetto di bawah bimbingan Max Allegri.

Masa depan Zlatan Ibrahimovic menjadi topik hangat. Beliau pada awalnya dikaitkan dengan Napoli kerana mahu menyertai semula Carlo Ancelotti.

Namun begitu, pengurus itu kemudian dipecat oleh pasukan Napoli meskipun berjaya membawa mereka layak ke pusingan kalah mati Liga juara-juara Eropah.

Ia telah membuatkan Zlatan Ibrahimovic mulai dikaitkan dengan pasukan Everton yang kemudiannya melantik Ancelotti sebagai pengurus

Zlatan turut dikaitkan dengan beberapa lagi pasukan di Serie A.

Namun Carlo Ancelotti menafikan bahawa Everton ada menghubungi Zlatan Ibrahimovic. Zlatan dan Ancelotti pernah bekerjasama ketika di Paris St Germain.

Sebaliknya pengurus itu berkata Zlatan sentiasa dialu alukan sebagai tetamu di Everton. Ia sekaligus mengakhiri spekulasi pemain itu bakal bergabung semula dengan Carlo Ancelotti.

Zlatan Ibrahimovic turut dikaitkan dengan sebuah lagi pasukan lamanya iaitu Manchester United.

Beliau sebelum ini sudah memberikan bayangan bahawa tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke pasukan kelab dari England itu.

Akhirnya Zlatan telah bertekad menyertai semula AC Milan.

Zlatan akan melengkapkan proses medikal pada esok dan kemudian akan mendatanangi kontrak bersama AC Milan.

Zlatan menjadi ejen bebas selepas meninggalkan LA Galaxy. Beliau turut menyuruh penyokong LA Galaxy kembali tengok baseball selepas pemergiannya.

AC Milan kini dalam proses untuk memperbaiki krisis prestasi pasukan. Mereka baru sahaja dimalukan oleh Atalanta dengan kekalahan 5-0.

Zlatan boleh memberikan tonik tambahan kepada pasukan AC Milan dalam usaha mereka untuk mendapatkan tempat dalam kejohanan Eropah sekurang-kurangnya Liga Europa.

AC Milan ketika ini berada di tangga ke-11 dalam liga. Ini selepas mereka hanya berjaya mengutip 21 mata pada musim ini setakat ini.

Selamat kembali Zlatan Ibrahimovic.

Baca yang lain