Zlatan Kepada Mbappe: “Pergi Real Madrid Daripada Terperap Di Negara Sendiri Dengan PSG”

Masa depan pemain antarabangsa Perancis iaitu Kylian Mbappe masih tanda tanya. Sekiranya beliau mahu bermain untuk PSG beliau kini akan menandatangani kontrak sebagai ejen bebas.

Jika tidak, dia akan pergi secara pecuma. Zlatan Ibrahimovic melihat bahawa inilah kesempatan untuk Mbappe menyertai Real Madrid. Di mana pemain itu hangat dikaitkan dengan Los Blancos.

Mbappe, 23, akan tamat kontrak di PSG pada Jun 2022 ini. Dia dikaitkan dengan Real Madrid, dan dia sendiri berminat untuk ke san sana.

Zlatan berkata: “Hanya Kylian yang boleh menjawab soalan ini,” kata penyerang veteran AC Milan asal Sweden, Zlatan Ibrahimovic, ketika ditanya tentang pendapatnya oleh L’Equipe tentang masa depan Mbappe.

“Semua ini tergantung pada apa yang dia inginkan dan apa yang dia fikirkan.”

“Memang benar kalau dia pernah bertanya pada saya, dan saya menjawab: ‘kalau aku adalah kamu, aku akan pergi ke Real Madrid’.”

Selain itu menurut Zlatan, bermain di negara sendiri tidak begitu mencabar berbanding dengan bermain di luar negara, tambahan pula beraksi dengan PSG yang sangat jauh kualitinya dengan pasukan lain di Ligue 1.

“Saya pernah berpeluang bermain untuk beberapa pasukan berbeza di beberapa negara berbeza. Itulah cara saya belajar dan berkembang. Bermain di negara sendiri sepanjang karier itu lebih mudah [zon selesa],” tegas bang Atan lagi.

Lantas Ibrahimovic menyuruh Mbappe pergi cuba merasai darah sebenar dan berjalan di atas api dengan menyertai skuad seperti Real Madrid.

Bercakap kepada Telefoot, Zlatan berkata: “Saya sukakan Mbappe namun apa yang dia buat sekarang ni tak cukup. Dia terlalu selesa berada di zon dia sendiri. Dia perlu berjalan di atas api, jika dia berjalan di atas api, dia pasti akan jadi lebih baik.”

“Bayangkan betapa kuatnya dia boleh menerima kesakitan pada dirinya sendiri. Dia harus merasai darah. Berada di tempat di mana orang di sekeliling kami berkata bahawa kamu tak cukup bagus dan patut lebih baik. Barulah kamu jadi terbaik.”

Tambah Zlatan lagi, apabila itu berlaku, barulah Mbappe lebih hampir kepada kualiti seorang pemenang Ballon D’Or.

Masa depan Kylian Mbappe terus menjadi subjek perbincangan peminat bola sepak. Pemain antarabangsa Perancis itu masih belum melanjutkan kontrak bersama dengan PSG.

Walaupun PSG sudah mendapatkan Messi sekalipun, masih belum mampu memujuk Mbappe agar melanjutkan kontraknya bersama dengan mereka.

Mbappe kini bebas berunding dan bercakap dengan mana-mana pasukan untuk perpindahan musim hadapan secara percuma. Beliau boleh menandatangani pra kontak

PSG sebelum ini sudah memberikan beberapa tawaran kepada pemain itu. Namun kesemuanya ditolak. Walaubagaimanapun PSG masih tidak berputus asa.

PSG malah menawarkan kontrak  dengan gaji yang dikatakan lebih besar daripada Messi dan Neymar kepada pemain itu untuk menjadikannya pemain bergaji paling tinggi di dunia.

Tetap juga Mbappe tetap belum menurunkan tandatangannya di atas kertas kontrak tersebut.

Lebih menarik apabila Mbappe menyatakan bahawa beliau sangat selesa bergandingan dengan Karim Benzema ketika bermain di dalam pasukan kebangsaan Perancis.

Mbappe berkata: “Karim adalah pemain yang hebat dan kami saling rapat. Ianya lebih mudah membina perhubungan atas padang ketika bermain dengan kawan sendiri.”

“Kami berdua saling mahu menyinar dengan menjaringkan gol. Dan kami melakukannya dengan baik.”

Real Madrid sebelum ini melakukan dua bidaan saat akhir untuk mendapatkan Mbappe pada jendela perpindahan pra musim 2021/22. Namun kedua duanya ditolak oleh PSG.

PSG masih yakin bahawa pemain itu akan terus bersama mereka akan menjadi tulang belakang kepada projek jangka masa panjang di kelab tersebut.

Mbappe kemudian dikaitkan dengan sikap tamak mahukan kontrak yang lebih besar dari PSG.

Namun pemain itu menyatakan bahawa  dalam hidup beliau, dia tidak pernah memikirkan soal wang sebagai soal utama.

Sebaliknya Mbappe lebih mementingkan perkara seperti nilai hubungan sesama insan secara peribadi.

Mbappe berkata: “Hubungan sesama insan adalah lebih mengujakan daripada wang. Ianya adalah pengalaman hidup yang penting. Lebih penting daripada ‘buat’ duit.”

“Saya mahu mengenali sesuatu yang baharu, mengembara. Bertemu dengan orang ramai dan mendalami budaya yang berbeza.”

Adakah Kylian Mbappe akan ke Real Madrid pada musim hadapan? Kerana Real sudah sedia menjadikannya sebagai pemain yang akan menjadi wajah utama pasukan mereka selepas kegagalan Eden Hazard berbuat demikian setelah menyertai mereka dari Chelsea dengan nilai lebih EUR120 juta secara keseluruhan.