[VIDEO] Pada Usia 39 Tahun, Zlatan Sembuh Dan Skor 2 Gol Dalam Derbi Milan

Share on facebook
Share on twitter

Zlatan Ibrahimovic dengan dramatik membantu pasukannya menang dalam derbi della Madonnina,

AC Milan melancarkan serangan awal dan mendapat sepakan penalti pada minit ke-13. Zlatan Ibrahimovic dijatuhkan oleh Aleksandar Kolarov.

Ibrahimovic sendiri mengambil penalti itu, Handanovic menyelamatkannya namun Ibra melakukan susulan yang memberikan gol pertama buat AC Milan.

3 minit kemudian Ibrahimovic sekali lagi menjaringkan gol. Beliau menyambar hantaran silang Rafael Leao.

Inter kemudian mengurangkan defisit kepada 2-1 pada minit ke-29. Hantaran silang Ivan Perisic dari kiri gagal dipotong oleh Gianluigi Donnarumma. Romelu Lukaku yang di depan gawang menjaringkan gol dengan mudah.

Inter mempunyai peluang baik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-32. Namun rembatan Nicolo Barella mudah ditangkap Donnarumma.

Pada minit ke-59, Inter sekali lagi hampir menyamakan kedudukan dengan tandukan Achraf Hakimi setelah hantaran Arturo Vidal. Namun gagal menerjah gawang.

Milan juga mendapat peluang keemasan pada minit ke-72 menerusi Rade Krunic, yang lolos dari perangkap ofsaid setelah menerima hantaran Samu Castillejo. Sayang sekali rembatan beliau liar.

Pada minit terakhir perlawanan, Inter terus menggandakan lagi serangan mereka. Lukaku hampir menerobos gawang Donnarumma pada masa kecederaan. Tetapi perlawanan tetapi milik AC Milan.

Ibrahimovic ternyata pemain terbaik untuk AC Milan. Beliau meneruskan aksi cemerlangnya bersama AC Milan sejak menyertai pasukan tersebut.

Pada usia 39 tahun beliau terus menjadi peledak berbisa AC Milan. Beliau baru sahaja pulih daripada covid dan terus menjadi matchwinner untuk derbi Milan.

Beliau memberitahu betapa pentingnya derbi ini kepada beliau.

Dalam perlawanan derbi kali ini, Zlatan bermain 90 minit, melakukan 57 sentuhan. Selaon daripada menjaringkan 2 gol beliau juga melakukan 5 percubaan dengan 3 tepat.

Syabas kepada AC Milan kerana berjaya memastikan bandar Milan milik Rosssoneri buat pertama kali sejak 2016.

Baca yang lain