Zlatan Ibrahimovic menyatakan bahawa dia menyertai Manchester United hanya untuk tujuan peribadinya. Dan dia langsung tak kisah dengan kata kata legenda Class of 92 kelab itu.
Menurut Zlatan, legenda legenda Class of 92 yang menjadi pundit ini adalah tidak penting dan kritikan mereka tidak memberikan kesan kepadanya kerana dia bukannya penyokong Manchester United.
Dia datang ke United kerana mahu bermain bola sepak, dan Zlatan Ibrahimovic tak kisah langsung dengan sejarah kelab itu.
Alasan utama dia ke Man United kerana dia mahu menutup mulut pengkritiknya yang menuduh dia tidak akan berjaya di EPL. Kebetulan Man United yang ketika itu dikendalikan Jose Mourinho mahukan khidmatnya.
Zlatan Ibrahimovic sentiasa menganggap Mourinho sebagai pengurus terbaik dalam kariernya. Selepas kejayaan yang mereka capai bersama di Inter Milan.
Zlatan malah mengakui bahawa, Mourinho memainkan peranan dalam perpindahan itu. Menjadi sebab kenapa dia sanggup menyertai Manchester United yang sedang dalam masalah. Dia kemudian menganggap dia seperti sekadar nombor ketika di Man United.
“Mereka adalah kelab yang berbeza dengan kelab kelab lain saya sebelum ini. Saya seperti sekadar nombor. Saya nak mencipta sejarah. Saya tidak berminat dengan sejarah kelab itu, saya bukan nak biadap.
"I was not interested in listening to the Class of '92." 😬
Former Manchester United star Zlatan Ibrahimovic has opened up on his time at the club, surprisingly revealing that he "felt like just a number" at Old Trafford.
More here! ▶️ https://t.co/u2DGz4I0yM pic.twitter.com/jRnYSEmhwn
— KickOff Online (@KickOffMagazine) August 6, 2024
“Ya, sejarah seperti itu memberikan tekanan kepada kamu untuk mengembalikan semula apa yang mereka pernah kecapi. Namun saya tidak berminat nak dengar pendapat daripada legenda legenda Class of 92 mereka. Kerana mereka ini tidak membantu saya, dan ini bukannya kelab yang saya sokong sekalipun.
“Saya cuma datang nak mencipta sejarah untuk diri saya sendiri. Saya nak orang berkata ‘Kamu dan United menang’.”
Zlatan Ibrahimovic percaya dia berjaya dalam usahanya mahu menutup mulut mereka yang meragui kehebatannya. Dan dia memberikan kredit kepada Jose Mourinho yang membantunya.
“Saya berusia 35 tahun, datang ke England pada usia itu. Ramai cakap saya dah terlalu tua dan dah patut bersara, blah blah blah. Namun perkara seperti ini membuatkan saya terasa [triggered]. Ini akan membuatkan saya mahu membuktikan bahawa kamu salah,” kata Ibrahimovic yang kini menjadi perunding di AC Milan sebagai wakil RedBird Capital Partners.
“Jose [Mourinho] ibarat mesin. Dia mampu mengeluarkan yang terbaik daripada kamu. Dia adalah seorang manusia yang pandai mempengaruhi kamu. Dia tahu untuk berada di dalam kepala kamu. Dia tahu cara melayan kamu, dan membebaskan kamu.
“Dia mengingatkan saya kepada [Fabio] Capello. Tetapi Jose Mourinho adalah versi lebih terkini. Dia bukan pengurus yang suka berlembut, jenis macam ini yang saya suka. Kamu kena ingat, dari mana asal usul saya, keluarga saya keras dalam mendidik.”
Ketika bersama United, Zlatan membantu kelab itu menjuarai Europa League. Dan berjaya mencetak 29 hol daripada 53 penampilan untuk kelab tersebut. Dia dilanda kecederaan serius yang membataskan penampilannya bersama dengan Manchester United.
Zlatan turut menyatakan bahawa dia tidak terfikir untuk menjadi jurulatih atau pengurus. Kerana kerja pengurus itu adalah kerja 12 jam. Dia pada masa yang sama mahu menikmati kehidupannya selepas bersara.
Jadi, cukuplah dengan jawatan yang dia ada sekarang sebagai pegawai perunding kelab AC Milan. Zlatan nekad mahu membantu AC Milan kembali semula ke puncak prestasi mereka.
Sebelum ini Zlatan Ibrahimovic berjaya membantu AC Milan menamatkan kemarau kejuaraan Serie A Itali. Dia mahu mengulangi pencapaian itu, kali ini sebagai orang di belakang tadbir.