ZR-M1, Suzuki GSX-RR Sama Sama Pakai In Line 4 Cylinder, Rossi Jelaskan Kenapa Yamaha Terciduk

ZR-M1 dan Suzuki GSX-RR adalah dua motosikal pasukan MotoGP yang menggunakan konfigurasi enjin 4 silinder sebaris / parallel / in line.

Bukan rahsia lagi, ciri-ciri enjin 4 silinder in-line selalu menghadapi kesukaran ketika bersaing dalam jenis trek memerlukan banyak pecutan seperti Red Bull Ring Circuit, Austria.

Pelumba Suzuki Joan Mir malah menduduki tempat kedua dalam perlumbaan MotoGP Austria. Sementara dia juga memimpin MotoGP Styria dengan menjarakkan diri 2 saat, sebelum perlumbaan dimulakan semula dan terpaksa berpuas hati di tangga keempat.

Pencapaian pelumba Yamaha pula sangat mengecewakan. Pencapaian terbaik pelumba Yamaha YZR-M1 dalam perlumbaan adalah Valentino Rossi.

Tetapi hanya kedudukan lima (MotoGP Austria) dan sembilan (MotoGP Styria).

Data statistik juga menyatakan bahawa kelajuan tertinggi motor Suzuki GSX-RR. Manakala motosikal lain, pecutan maksimum mereka kurang daripada Suzuki sekitar 4-6 km/jam di belakang Suzuki untuk motosikal Ducati, KTM, Honda dan Aprilia di Red Bull Ring ketika di sektor lurus.

Sementara Yamaha di belakang Suzuki hampir 10 km/jam bezanya di sektor lurus.

Ini bermaksud bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan Yamaha YZR-M1, apabila membandingkan kelajuan tertinggi motosikal yang kedua-duanya menggunakan enjin 4 silinder sebaris.

Namun Yamaha bergelut dengan zon pecutan. Rossi mengakui dia hanya ‘makan asap’ kerana pelumba Suzuki.

Valentino Rossi juga ada melontarkan pandangannya tentang perkara ini.

Menurutnya, hakikat bahawa pelumba Suzuki dapat bersaing dalam Red Bull Ring sementara penunggang Yamaha pula bergelut. Itu adalah bukti bahawa konfigurasi enjin 4 silinder sebaris itu bukanlah masalah utama.

Rossi: Bukan masalah pun pakai 4 silinder sebaris

Rossi sebenarnya mengetengahkan falsafah enjin 4 silinder in-line Yamaha yang tidak mempunyai daya yang sama dengan motosikal Suzuki semasa pecutan.

Rossi mengucapkan syabas kepada Suzuki di atas perkembangan positif mereka dan tanpa segan silu, Rossi mahu Yamaha meniru Suzuki dalam usaha memperbaiki enjin mereka.

“Jadi masalah pada kelajuan tertinggi bukan mengenai enjin 4 silinder sebaris. Suzuki mempunyai daya grip atau pick up yang lebih baik daripada kita semasa pecutan,” jelas Rossi.

 

“Tetapi enjin motosikal Suzuki juga lebih pantas daripada kita. Saya berada di belakang (Alex) Rins di satu sudut ke sudut yang lain. Pecutan motosikalnya meninggalkan saya,” sambungnya.

Kesimpulannya, Valentino Rossi mengatakan bahawa Yamaha hanya perlu mengubah sedikit enjin mereka dan bukannya secara total.

Ini kerana menurut beliau, jika ianya disetting dengan tepat, mesin 4 silinder sebaris berpotensi mengalahkan Ducati, Honda, KTM, dan Aprilia dari segi kelajuan tertinggi.

Masalah pick up / acceleration pada enjin Yamaha musim ini terus menjadi perhatian pengamat MotoGP.

Perkembangan berkaitan: Motosikal Lambat Pick Up Antara Isu Akan Membuatkan Yamaha Putih Mata, Kata Penganalisis

Pemerhati dan penganalisis MotoGP Carlo Pernat mengkritik prestasi Yamaha di MotoGP 2020. Menurut Pernat, Yamaha tidak mempunyai motosikal yang boleh membuatkan mereka menjadi juara dunia di MotoGP.

Agak sayang kerana Yamaha sudah berada di hadapan dalam beberapa siri.

Prestasi Yamaha sangat cemerlang dalam dua perlumbaan pertama MotoGP 2020, di Jerez dan Andalusia.

Dalam dua siri itu, Yamaha mempamerkan penguasaan mereka. Yamaha yang diwakili oleh Fabio Quartararo (Petronas Yamaha SRT), yang berjaya menjadi juara. Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) juga meningkat mendadak.

Namun, selepas itu Yamaha mengalami kesukaran di MotoGP Republik Czech, Austria dan Styria. Valentino Rossi (Monster Energy Yamaha) menjadi pelumba terbaik Yamaha dalam tiga siri terakhir.

Quartararo, Vinales, dan Franco Morbidelli (Petronas Yamaha SRT) malah bergelut dengan prestasi mereka.

Pernat berpendapat, Yamaha sudah melakukan tugas sangat baik dalam membentuk pelumba berkaliber dengan ekosistem di antara pasukan kilang dan satelit yang harmorni dan saling membantu.

Tetapi Pernat mengatakan bahawa tidak cukup untuk Yamaha hanya merevolusikan pelumba sekiranya ingin benar-benar menjadi pencabar serius perlumbaan kejuaraan dunia MotoGP di masa akan datang.

Sudah beberapa kali pelumba mereka meluah prestasi motosikal di laluan lurus ataupun zon pecutan. Motosikal Yamaha tak cukup bagus dari segi grip ataupun ‘pick up’ (acceleration)

“Yamaha telah merevolusi penunggang, merekrut Quartararo, Vinales dan Morbidelli, tetapi itu tidak mencukupi. ”

“Sekarang mereka memerlukan revolusi teknikal. Juruteknik terhebat yang mereka miliki adalah Masao Furusawa, M1 yang mereka ada adalah yang terbaik,” kata Pernat, seperti yang dilaporkan oleh GP One.

“Selama bertahun-tahun, motosikal Yamaha kurang kompetitif, sekarang Yamaha adalah yang terakhir di grid, tanpa mengambil kira Aprilia,” tambah Pernat.

Fabio Quartararo masih mendahului kedudukan MotoGP 2020, tetapi kedudukannya sudah terancam serius oleh tempat kedua, Andrea Dovizioso (Ducati).

Posisi Quartararo terancam kerana dia kelihatan jauh dari jangkaan, terutama di MotoGP Austria dan Styria.

Motosikal Yamaha kelihatan sangat tidak kompetitif, walaupun dibandingkan dengan KTM ketika sama sama bersaing di laluan lurus.

Rintihan pelumba

Morbidelli dan Quartararo serta Rossi antara yang sudah bising akan perkara ini. Namun Yamaha masih tidak dapat memperbaiki masalah tersebut.

Rossi sampai satu ketika menyatakan di Yamaha, mereka kena pandai main politik dalam pasukan baru masalah boleh selesai.

Politik ni bukan politik yang melibatkan menteri ye. Ni politik tempat kerja.

“Tidak perlu lagi mempersoalkan kualiti pelumba, saya ingin mempertahankan Valentino Rossi daripada beberapa kritikan yang dia lemparkan, dan dia adalah betul.”

“Dengan M1 seperti ini, mereka tidak akan pernah memenangi gelaran dunia dalam musim biasa,” kata Pernat.

“Setiap kali ada masalah yang berbeza, mereka juga mempunyai masalah dengan kebolehpercayaan dan mesin.”

“Saya tidak akan terkejut jika beberapa pelumba akan bermula dari pit lane sebelum musim berakhir,” sambung Pernat.

Sumber: GP One