Pengurus Sepanyol, Luis De La Fuente mengiktiraf Martin Zubimendi sebagai pemain defensive midfielder kedua terbaik di dunia.
Pemain itu akan menggalas tugasan penting bersama Sepanyol kerana kecederaan Rodri. Menurut De La Fuente, Sepanyol kini memiliki 2 pemain defensive midfielder terbaik di dunia pada ketika ini.
Zubimendi menjadi wira kemenangan Sepanyol ke atas Denmark pada aksi UNL semalam. Dan itu juga merupakan gol pertama Zubimendi bersama La Roja.
Rembatan jarak jauh oleh pemain tengah Real Sociedad itu berjaya menewaskan Kasper Schmeichel.
De La Fuente gembira dengan prestasi pemain muda itu. Dan mereka tidak begitu terasa kehilangan Rodri yang terpaksa berehat panjang kerana kecederaan ACL.
De La Fuente berkata: “Jika bercakap tengah pemain defensive midfielder, Martin Zubimendi pada waktu ini adalah kedua terbaik di dunia di belakang Rodri.”
De La Fuente turut memuji gol pemain itu walaupun dia bukanlah pemain tengah yang memiliki rekod gol yang baik.
“Dia adalah pemain yang bermain dengan cara selamat. Dia sentiasa tenang, dan sentiasa memberikan aksi terbaik,” tegas De La Fuente lagi.
Pengurus itu menambah: “Menjaringkan gol bukanlah peranannya, namun dia semakin memperbaiki aspek tersebut. Dan kami semua meraikan gol dia. Dia memang salah seorang pemain tengah terbaik di dunia bersama sama dengan Rodri.