Malaysia menyertai kelayakan Piala Asia sejak edisi pertama ia diperkenalkan, ketika itu hanya 1/3 negara Asia terlibat.
Pada ketika itu juga negara dari rantau arab tidak terlalu mendominasi Asia. Ini disebabkan rantau itu masih lagi merupakan benua miskin.
Selepas 2 edisi Piala Asia, Malaysia mula bermain di kelayakan Piala Dunia iaitu tahun 1973.
Ini bermakna tempoh masa terbaik yang dilalui oleh pasukan Malaysia berlaku pada awal Piala Asia diperkenalkan dan penyertaan awal Malaysia di kelayakan Piala Dunia.
Malaysia layak secara merit ke pusingan akhir Piala Asia 1972 dan 1976 melalui kumpulan pemain seperti Isa Bakar, Mokhtar Dahari dan tidak lupa Shahruddin Abdullah menjaringkan gol kemenangan dalam 2 perlawanan yang membawa Malaysia ke Piala Asia 1972.
Nama-nama pemain dalam lipatan sejarah cemerlang itu terus menjadi hero Malaysia sehingga ke hari ini.
Malaysia merupakan jaguh Asia Tenggara dan mampu menumbangkan Korea Selatan. Korea Selatan pada ketika itu bukanlah pasukan picisan.
Korea Selatan adalah juara Asia 1956 dan 1960 tetapi mengalami sedikit kemerosotan prestasi sekitar tahun 1966- 1974.
Malasyia menumbangkan Korea Selatan dalam kelayakan Piala Dunia pada tahun 1973 dan sekali lagi melakukannya pada kelayakan Piala Asia yang berlangsung pada tahun 1975.
Kejayaan itu kekal menjadi sejarah manis dimana pada hari ini kita merasakan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan sekali lagi.
Vietnam Terima Ganjaran RM178,000 Selepas Tewaskan Indonesia
Selepas era tersebut Malaysia tidak lagi muncul dalam pentas akhir Piala Asia kecuali pada tahun 2007 sebagai tuan rumah bersama Vietnam, Thailand dan Malaysia.
Malaysia tidak berada di zaman tebaiknya ketika menganjurkan kejohanan tertinggi di Asia, Malaysia baru sahaja tewas dalam kesemua 6 perlawanan kelayakan Piala Dunia 2008.
Sebagai tuan rumah Malaysia tidak perlu melalui 6 perlawanan kelayakan. Malaysia tidak ada perlawanan kompetitif dicampur 100% kalah di kelayakan Piala Dunia, akhirnya Malaysia kalah kesemua 3 perlawanan pusingan akhir Piala Asia dengan bolos besar.
Memasuki tahun 2011 hingga 2015 Malaysia sedikit meningkat tetapi tidak terlalu tinggi melalui kejayaan menewaskan 2 pasukan dari Arab iaitu Bahrain dan Yemen.
Peningkatan itu gagal dikekalkan. Malaysia terjerumus ke dalam era paling gelap dalam sejarahnya.
Malaysia tidak menang dalam 12 perlawanan berturut-turut, pecah rekod kalah paling besar 0-10 dan hanya menang dengan Timor Leste sepanjanh tempoh 3 tahun.
Malaysia terpaksa mengimport seorang Profesor bernama Nelo Viganda untuk memikirkan dan memperbaiki kerosakan itu, tapi Prof pun tak boleh buat apa.
Malaysia kini sekali lagi sedang menunjukan peningkatan dan menghampiri kekuatan yang berlaku pada sekitar 1990-1998. Tahun tersebut merupakan tempoh ke-2 terbaik selepas 70an.
Pada ketika itu Malaysia tidaklah mampu menumbangkan pasukan jaguh Asia tetapi Vietnam, Indonesia, Thailand atau Singapura tidak banyak memberi masalah kepada Malaysia.
Suasana saingan domestik cukup meriah ketika Liga M sedang dalam transisi menjadi liga prosfesional. Ia membawa impak positif kepada pasukan negara.
Dalam tempoh itu Malaysia boleh memberi saingan kepada Arab Saudi dan Kuwait apabila berjaya mengikat mereka dengan keputusan seri.
RUMUSAN
- Masa paling cemerlang: 1971-1977
- Kedua cemerlang: 1990-1998
- Masa paling buruk: 2015-2017
- Kedua buruk: 2004-2009
Nota: Penilaian ini berdasarkan pencapaian Malaysia dalam kelayakan Piala Asia, Piala Asia dan kelayakan Piala Dunia. Tidak termasuk Piala AFF.