TERKINI: Minamino Akan Menjalani Medikal, Apa Kaitan Dengan Ryan Kent?

Nama Takumi Minamino menjadi sensasi di alam maya semalam. Ianya gara-gara pemain itu dikaitkan dengan perpindahan berprofil tinggi ke Liverpool.

Sebelum ini beberapa koresponden yang tingkat A untuk Liverpool menyatakan bintang Jepun, Takumi Minamino dalam proses menyertai Liverpool pada Januari akan datang.

Ianya sebaik sahaja RB Salzburg disingkirkan oleh Liverpool dalam saingan UCL. Dan dikatakan ia dalam fasa akhir untuk dimeterai.

Takumi Minamino merupakan playmaker lincah yang kreatif dan boleh bermain di semua posisi serangan dan sokongan serangan.

Bagi peminat Liverpool, mereka pastinya lebih kenal dengan pemain ini selepas 2 pertemuan UCL berhadapan RB Salzburg.

Beliau mengumumkan namanya kepada dunia dalam 2 aksi tersebut. Minamino dan rakan se-Asia-nya, Hwang Hee Chan antara yang membuatkan Van Dijk dalam kepeningan.

Biodata ringkas

Minamino dilahirkan pada 16 Januari 1995 dengan nama penuhnya sebagai Takumi Minamino.

Beliau adalah pemain kebangsaan Jepun yang bermain sebagai pemain sayap FC Red Bull Salzburg.

Minamino memulakan kerjaya bola sepaknya dengan Cerezo Osaka di Liga J. Beliau membuat 62 penampilan untuk kelab yang bertanding dalam Liga J itu.

Pada bulan Jun 2011, beliau terpilih menyertai pasukan U-17 Jepun untuk bermain dalam Piala Dunia U-17 edisi 2011.

Selepas prestasinya yang cemerlang di Jepun, FC Red Bull Salzburg telah terpaut dan terpikat kepada pemain ini.

Mereka menandatanganinya pada 7 Januari 2015. Dengan Red Bull Salzburg, beliau telah membuat banyak sekali penampilan kompetitif dan menjaringkan lebih 25 gol setakat ini.

Pada bulan Ogos 2016, Minamino menyertai pasukan kebangsaan Jepun U-23 untuk Olimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro.

Terbaru James Pearce menyatakan Liverpool telah menewaskan pesaingnya iaitu Manchester United, AC Milan dan Borusssia Mochengladbach.

Minamino jalani medikal

Takumi Minamino akan menjalani pemeriksaan medikal. Jika tiada aral melintang, pemain hensem bergaya itu bakali berganding dengan Mane Mino (Firmino) selepas ini.

Liverpool telah membelanjakan terus wang penjualan Ryan Kent ke Rangers untuk pemain tersebut.

Takumi Minamino memiliki klausa pelepasan £7.25 juta. Dan Liverpool meletakkan nilai pemain itu lebih daripada £20 juta. Ini merupakan satu keuntungan yang berganda untuk Liverpool.

Di mana posisi Minamino?

Pemain ini boleh bermain di kesemua posisi bahagian serangan dengan sangat efektif terutama sekali posisi di sebelah kanan.

Beliau juga boleh bermain di no.10 dan false no.9.

Minamino pemain yang lincah dan cepat melepaskan bola. Beliau bermain dalam sistem high pressing football di RB Salzburg dan ini antara sebab utama Liverpool mahukan beliau.

Ketika di Borussia Dortmund, Jurgen Klopp pernah memiliki perancang tengah dari Jepun yang sangat berimpak tinggi iaitu Shinji Kagawa.

Adakah Takumi Minamino akan menjadi Kagawa Klopp yang seterusnya di Anfield?

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi