Portugal 2 Jerman 4
Christiano Ronaldo m15, Diego Jota m67; Ruben Dias m35(og), Raphael Guerreiro m39 (og), Kai Havertz m51, Robin Gosens m60
Jerman bangkit dari kekalahan apabila berjaya menewaskan Potugal dengan jaringan besar.
Kejayaan Jerman banyak disumbangkan oleh aksi luarbiasa Robin Gosens dan Joshua Kimmich.
Jika tidak kerana 1 gol yang dibatalkan, kemenangan Jerman menjadi lebih besar.
Sebelum perlawanan bekas pemain kebangsaan Jerman telah menjelaskan kenapa pasukan itu perlu meneruskan formasi yang digunakan oleh Joechim Low sebelum ini.
“Saya rasa Joechim Low tahu kami memiliki midfielder center yang kuat. Kami mempunyai lebihan pemain terbaik di bahagian itu,”
“Sebab itu dia mengalihkan Joshua Kimmich ke wingback kanan, kerana dia juga mampu menjaringan gol.” -kata Michael Ballack sebelum perlawanan
Aksi cemerlang Wingback Jerman -Kimmich/Gossens
Plot twist berlaku pada 20 minit pertama. Portugal dan Jerman bermula dengan permainan berhati-hati pada 5 minit awal.
Jerman secara tiba-tiba meningkatkan tempo permainan di tahap maksima.
Anak buah Joechim Low bertubi-tubi menyerang kotak penalti Portugal sehingga pemain barisan pertahanan mereka lelah.
Jerman membuka jaringan pada minit ke-8 melalui hantaran cantik dari Joshua Kimmich di sebelah kanan yang disudahi oleh Robin Gosens di sebelah kiri.
Jaringan tersebut boleh disenaraikan antara gol tercantik kejohanan, namun dibatalkan oleh pengadil kerana pemain Jerman terlebih dahulu berada dalam keadaan offside.
Sebelum hantaran dilakukan oleh Joshua Kimmich, VAR juga mengesan bola sudah terkena tangan Thomas Muller terlebih dahulu.
Jerman terus menekan dan mencipta peluang. Giliran Toni Kroos menguji gawang Portugal namun cubaannya tersasar.
Ketika Jerman menguasai keseluruhan permainan melalui serangan, Portugal muncul pasukan pertama menjaringkan gol.
Hantaran bijak dari Bernardo Silva membelah benteng pertahanan Jerman yang dikemudikan oleh Mats Hummels.
Sentuhan pertama dari Diego Jota meletakkannya berada dalam posisi terbaik hanya berdepan dengan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer.
Jota memilih untuk menghantar bola kepada Cristiano Ronaldo yang mempunyai ruang lebih besar untuk menjaringkan gol.
Mudah untuk Ronaldo menolak masuk bola ke dalam gawang Jerman dan memberi gol pendahuluan pada minit ke-15 kepada Portugal. (1-0)
Selepas jaringan tersebut permainan kembali seimbang dan Portugal mendapat semula kenyakinan untuk menguasai bola.
Minit ke-35 Jerman berjaya membalas dendam dengan keputusan pengadil yang membatalkan jaringan pertama mereka.
Sekali lagi bermula dari Kimmich yang menyilang bola dari sebelah kanan berjaya di first timer kan oleh Gosens.
Bola fisrt timer dari Gosens berjaya disentuh oleh Kai Havertz dan terkena kaki Ruben Dias. Bola biasan kakinya terus menewaskan penjaga gol Portugal, Rui Patricio. (1-1)
Tidak terhenti disitu, kekuatan wingback Jerman sekali lagi menjelma. Buat kali ke-2 Gosens dan Kimmich menjadi antara pemain yang terlibat untuk jaringan ke-2 Jerman.
Sentuhan akhir dari Kimmich terkena kaki Raphael Guerreiro dan mengubah laluan bola menuju ke dalam gawangnya sendiri. (1-2).
Babak pertama berakhir dengan Jerman mendahului 2-1 disamping 1 gol cantik yang tidak dikira.
“Walaupun mendahului, Portugal tidak dapat menghentikan dominasi serangan lawan. Jerman mencipta lebih peluang dan lebih menguasai bola,”
“Portugal cuba bermain secara serangan balas tetapi hanya sedikit berjaya melalui jaringan (Ronaldo).” -ulas Nuno Gomes, bekas finalis Portugal 2004 pada separuh masa pertama
Baca juga
Wingback Jerman terus cemerlang
Tempo awal babak ke-2 agak sederhana tetapi Jerman berjaya mendapat jaringan ke-3 pada minit 51.
Gerakan secara berpasukan yang bermula dari sebelah kanan singgah ke kaki Gosens dan wingback kiri itu melakukan hantaran ke dalam kotak 6 ela.
Kai Havertz meluru dan mudah untuknya menolak bola ke dalam jaring ketika Patricio sudah tertewas. (1-3)
Pertahanan Portugal terus diayamkan oleh aksi mahadewa wingback Jerman. Gosens menjaringkn gol ke-4 Jerman selepas menerima hantaran silang dari Kimmich.
Tandukan pada minit ke-60 darinya tidak dicabar dan mudah menewaskan Patricio. Joechim Low merehatkan Gosens selepas jaringan tersebut. (2-4)
9 minit selepas itu giliran Kimmich dikeluarkan oleh Joechim Low untuk memberi rehat kepadanya selepas Jerman sudah selesa mendahului Portugal.
Portugal merapatan margin apabila Diego Jota menjaringkan gol pada minit ke-67.
Gol berpunca dari sepakan percuma di sebelah kiri, Ronaldo meloloskan diri untuk menyilang bola yang hampir keluar dan disambar oleh Jota.
Memasuki minit ke-70 perlawanan berada dalam tempo sederhana ketika Jerman dilihat selesa dengan keputusan tersebut dan Portugal sudah berputus asa.
Jerman akan bertemu Hungary pada perlawanan terakhirnya dan Portugal berdepan cabaran getir menentang juara dunia, Perancis.
Pemain terbaik: Robin Gosens (Jerman)