Hungary Berjaya Kekang Keunggulan Perancis

Hungary 1 Perancis 1

Attila Fiore m45+2, Antoine Griezmann m66

Hungary melakukan kejutan apabila berjaya mengikat Perancis dan meraih mata pertamanya dalam kempen kali ini.

Jaringan bertenaga dari Attila Fiore mengejutkan Perancis namun Antoine Griezmann berjaya memadam gol tersebut.

Hungary turun dengan misi hampir mustahil sementara itu Perancis mencari 3 mata untuk mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati lebih awal.

“Ini merupakan satu motivasi buat kami, kami bercakap tentang juara dunia, pilihan utama yang mempunyai pemain seperti Mbappe,”

“Kami mengharungi misi hampir mustahil tetapi kami akan beri yang terbik. -Marco Rossi (Hungary)

“Mereka merupakan pasukan yang memberi saingan, rajin dan tersusun. Saya rasa mereka mempunyai jurulatih Itali,”

“Mereka bermain di halaman sendiri dan saya harap mereka tunjukkan apa yang mereka lakukan ketika bertemu Portugal,”

“Sekirannya kita menang lgi, kita akan layak selepas 2 perlawanan. Itu merupakan objektif pertama kami.” -Didier Deschamps (Perancis)

Kombinasi hantaran Mbappe-Benzema Cemerlang tetapi tidak klinikal

Kedua-dua pasukan bermain dengan intensiti tinggi sehingga masing-masing sukar mendapat rentak dan membina serangan dengan teratur.

Hungary begitu bersemangat apabila mendapat sorakan kuat dihadapan ribuan penyokong sendiri di Budapest.

Perancis tidak terkesan dengan suasana tersebut.

Hungary dikejutkan pada minit ke-11 apabila Griezmann hampir menjaringkan gol selepas mengutip bola yang gagal ditampan kemas oleh penjaga Hungary, Peter Gulacsi namun dia berada dalam kedudukan offside.

Selepas 15 minit permainan, Perancis mula memecah masuk kotak penalti Hungary

Hantaran dari Lucas Digne berjaya disambar oleh Kylian Mbappe. Mbappe melakukan tandukan tersasar di kiri gawang. (m17)

Berselang 3 minit sekali lagi Mbappe melepaskan percubaan melalui tandukan selepas Karim Benzema melakukan lob dalam kotak penalti, namun tandukannya melewati palang.

Kombinasi hantaran Mbappe berterusan, minit ke-30 Benzema sepatutnya meletakkan Perancis di hadapan namun dia memilih melakukan percubaan outside foot yang tersasar berbanding melakukan tapping mudah walaupun hanya berhadapan dengan Gulacski.

Serangan Perancis semakin menggila, selang 3 minit selepas percubaan Benzema giliran Mbappe melakukan percubaan dalam kotak penalti tetapi tersasar lagi.

Rentetan dari serangan demi serangan tersebut tidak memaksa Hungary bermain lebih bertahan.

Hungary masih mengekalkan permainan terbuka namun Perancis mula menguasai kawasan bola dikawasan Hungary.

Hungary mula kehilangan penguasaan untuk membina serangan pantas seperti 20 minit pertama perlawanan. Penguasaan 48% turun menjadi 34% pada penghujung babak pertama.

Bagaimanapun, Perancis menerima tamparan hebat apabila Hungary menjaringkan gol pendahuluan pada masa kecederaan babak pertama.

Larian bertenaga dari right wingback Attila Fiola berjaya menewaskan 2 pertahanan Perancis sebelum menewaskan Hugo Lloris.

Jaringan tersebut hadir melalui percubaan ke-3 Hungary berbanding Perancis yang mempunyai 7 percubaan tanpa gol.

Baca juga

18 Penampilan dan 7 Jaringan Antarabangsa Sumareh, Adakah Malaysia Bertambah Baik

SERANGAN 3 KALI GANDA PERANCIS GAGAL MENJELMAKAN KEMENANGAN

Serangan berterusan dari Perancis sepanjang 5 minit pertama babak kedua berjaya diselamatkan oleh barisan pertahanan Hungary termasuk 1 save dari Gulacski.

Antoine Griezmann, Benjamin Pavard dan Paul Pogba antara pemain yang melakukan percubaan tersebut.

Minit ke-57, Didier Deschamps melakukan pertukaran pertama dengan memasukan Ousmane Dembele mengeluarkan Adrien Rabiot bagi memberi lebih sokongan di barisan hadapan.

Dembele hanya memerlukan 2 minit untuk melakukan percubaan bahaya yang hampir memberi jaringan penyamaan, namun percubaan dari jarak sederhana tersebut hanya mencium tiang gol Hungary.

Selepas sejam permainan, mendahului 1-0 Hungary mula tidak berminat invest ramai pemain ketika melakukan serangan. Majotinya kekal di kawasan sendiri.

Namun, Perancis mengambil kesempatan ketika ramai pemain Hungary naik ke atas untuk melakukan set piece sepakan percuma berhampiran kotak penalti Perancis.

Serangan pantas Perancis dari kegagalan set piece tersebut berhasil apabila hantaran lintang dari Mbappe disudahkan oleh Griezmann.

Jaringan minit ke-66 itu cukup dibantu dengan kekurangan pemain pertahanan Hungary di dalam kotak penaltinya.

Tersentak dengan jaringan penyamaan itu Hungary mula membuka semula permainannya.

Perancis terus kecewa melihat percubaan berganda minit ke-82 dari Mbappe dan Corentin Tolliso berjaya diselamatkan oleh Gulacski.

Pemain Hungary terus memenuhkan kotak penalti sendiri pada baki permainan dan berjaya mengikat Perancis.

Walaupun Perancis berjaya melakukan 15 percubaan  berbanding Hungary hanya 5, keputusan perlawanan berakhir dengan 1-1.

Hungary akan bertemu Jerman pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan Perancis dijdualkan menentang Portugal.

Baca yang lain