England terikat 0-0 pada perlawanan keduanya, menentang Scotland. Perlawanan tersebut menimbulkan dua isu kritikal yang dihadapi oleh anak buah Gareth Southgate.
1. Mengurus percubaan ke arah gawang lawan
Phil Foden dan Mason Mount mendapat pujian, tetapi England tidak mempunyai kreativiti dan gagal menguruskan percubaan ke arah kubu lawan.
Pada perlawanan pagi tadi, England hanya mempunyai 1 percubaan tepat dari Mason Mount. Itulah satu-satunya effort dari pasukan England.
England juga hanya menjaringkan 1 gol dari 2 perlawanan yang dilaluinya, ia berpunca dari gerakan Kalvin Phillips. Phillips bermain lebih kebawah berbanding Mount dan Foden.
Secara keseluruhan England cuma berjaya melakukan 3 percubaan tepat yang dilakukan Mount, Phillips dan Raheem Sterling (jaringan gol lawan Croatia).
Lack of creativity England menghasilkan secondary defect iaitu berkaitan dengan Harry Kane.
2. Harry Kane tidak bermaya
Kane turun dalam kejohanan eropah dengan reputasi besar sebagai mesin gol. Kane mencetak 23 gol dalam 35 perlawanan di Liga Perdana Inggeris 2020/21.
Malah penyerang ini menunjukkan peningkatan signifikan selepas diberi peranan lebih kebawah oleh Jose Mourinho. Kane menyumbang 14 bantuan gol.
Walaupun bagaimanapun ia tidak menjadi isu besar jika Southgate tidak memberi peranan kepada Kane seperti di Tottenham.
Pada musim sebelumnya Kane masih mampu menjaringkan 18 dan 17 gol sebagai target man.
6 jaringannya di Piala Dunia 2018 membantu England membuat kemaraan sehingga peringkat separuh akhir. Kane muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan tersebut.
Dalam 2 perlawanan UERO 2020 Kane hanya melakukan 3 percubaan, kesemuanya bukan percubaan tepat.
Penyerang ini akan menjadi bagus apabila pemain seperti Mount dan Foden atau sesiapapun pemain dibelakangnya boleh menguruskan hantaran dengan baik.
Lack of creativity oleh England memburukan lagi prestasi Kane. Kane dilihat tidak bermaya dan perlu bangkit jika mahu melihat England mara jauh seperti apa yang dilakukannya pada Piala Dunia 2018 atau di liga.
Lebih-lebih lagi jika England berhadapan dengan pertahanan seperti Scotland.
Baca juga
16 Tahun Bersama Real Madrid, Kemana Destinasi Baru Sergio Ramos?
3. Pertahanan Scotland sangat tersusun
England menghadapi lawan lebih sukar berbanding Croatia. Scotland menampilkan permainan yang tersusun terutamanya di bahagian pertahanan.
Scotland berjaya mematahkan hampir keseluruhan serangan yang dilakukan oleh England. Keputusan seri tersebut banyak disumbangkan dari unit pertahananya yang berjaya mengawal semua serangan dari pihak lawan.
Rumusan
Keputusan tersebut bukanlah satu malapetaka untuk England. England sudah mengumpul 4 mata dan bakal layak ke pusingan kalah mati.
Namun England perlu memperbaiki masalah kreativiti serangan supaya Kane boleh berada di tahap terbaiknya.
Jika tidak, England bakal mengulangi edisi EURO 2016, tewas mengejut kepada Iceland di pusingan 16/pusingan ke-2. Kecermerlangan Piala Dunia hanya datang jika penyerang utamanya berada di tahap maksima.
Selagi isu tersebut tidak selesai, sama ada Mount atau Foden bukan lagi pemain terbaik dalam peranannya. Grealish antara option yang dimiliki Saouthgate untuk menyelesaikan masalah tersebut.