Analisis: 4 Sebab EPL Tak Sanggup Mansuhkan Liga Musim Ini

Mansuhkan / scrap liga merupakan opsyen yang terakhir dalam pilihan pengurusan liga perdana Inggeris pada musim ini kerana wabak koronavirus di England.

Namun baru-baru ini EPL sudah menyatakan bahawa komitmen mereka untuk menamatkan liga musim ini dan bukannya membatalkannya.

Berikut 4 sebab utama kenapa Premier League mahu mengelak daripada memansuhkan liga mereka.

1. Isu kewangan

Ini adalah perkara yang paling mustahak dalam pertimbangan EPL.

Dalam situasi yang sedia ada sudah banyak pasukan yang merintih kerugian dan impak kewangan yang besar.

Daripada hak penyiaran sahaja mereka boleh kehilangan sekitar £720 juta untuk penalti.

Semalam Richard Masters menegaskan, berdasarkan situasi semasa, jumlah kerugian ditanggung kesemua kelab EPL adalalah sekitar £1 billion jika mereka memilih untuk memansuhkan liga pada musim ini.

Dalam kontrak baharu yang mereka menterai bermula tahun lalu, EPL mendapat hak penyiarang bernilai £4.35 billion bagi penggal 2019-2022.

2. Impak kepada perpindahan pemain dan kontrak

Yang kedua ini ada perkaitan kuat dengan isi yang atas tu. Apabila kelab menanggung kerugian, maka mereka tidak akan dapat membeli pemain.

Malah ada kelab tak mampu untuk menawarkan pemain bintang mereka gaji yang tinggi dan membawa kepada kegagalan memeterai kontrak.

Dalam situasi yang lebih teruk, pemain mungkin  terpaksa pergi secara percuma kerana kontrak tahun akhir.

Bagi pasukan yang kecil seperti Bournemouth, mereka pastinya sangat terkesan jika jumlah kontrak wang penyiaran mereka tak dapat. Di mana setiap tahun semua pasukan mendapat sekitar paling kurang £79 juta daripada hak penyiaran sahaja. Dan maksimum boleh dapat sehingga £150 juta.

Ini adalah laporan agihan hak penyiaran mengikut pasukan pada musim lalu.

Mereka mahu memaksimumkan bayaran tersebut. 4 hari yang lalu Burnley menyatakan mereka menanggung kerugian sekitar £50 juta setakat ini kerana tiada bola sepak.

Burnley menyatakan, jika musim ini dimansuhkan, mereka akan kehilangan £45 juta daripada hak penyiaran dan beberapa tajaan lain.

Dan pada masa yang sama berharap keadaan akan menginzinkan untuk stadium ada penyokong.

Ini akan membantu menambah dana dari gate collections. Tetapi nampak gayanya sukar untuk menjamin perkara ini. Jadi, mereka tak nak hilang amaun daripada penyiaran.

Bagi pasukan yang mahu menguatkan pasukan untuk bermain di Liga Juara Juara Eropah dan UEL, mereka perlu menepati merit dan piawaian yang ditetapkan oleh Financial Fair Play.

Saya percaya angka peratusan kerugian itu akan dirombak oleh UEFA namun mereka masih juga terikat dengan peraturan perbelanjaan.

Sebagai tambahan pasukan big six menjana sehingga £80 juta ekstra daripada hak penyiaran di luar negara dalam tempoh 3 tahun tersebut. Ye la, macam astro, dia banyak la tayang game big six kan. So bayaran lagi banyak la.

3. Penentuan ke slot eropah, penyingkiran, promosi

Aspek ketiga yang sukar untuk ditentukan adalah slot ke Eropah, penyingkiran dan pasukan mana yang akan naik ke liga utama.

Baru baru ini UEFA sudah menegaskan bahawa, jika EPL batal, Liverpool berhak untuk diberikan kejuaraan kerana mereka sudah terlalu jauh berbanding pasukan lain.

Wayne Rooney dalah kolum beliau di The Times beberapa minggu lalu menegaskan perkara yang sama.

Rooney: Liverpool Memang Juara Dah, Tapi Hal Slot Eropah & Promosi Ni Macamana?

Namun apa yang lebih pening ketika ini adalah menentukan siapa yang akan ke UCL/UEL dan penyingkiran.

Rooney berpendapat, jika liga dibatalkan dan penentuan untuk slot tersebut dibuat berdasarkan kedudukan semasa, maka akan berlaku banyak kes naik ke mahkamah selepas ini.

Namun begitu, isu lebih besar adalah dari segi promosi dan penyingkiran dan tempat-tempat Liga Juara-juara.”

“Isu-isu ini begitu besar untuk kelab-kelab yang terlibat, itu yang saya bayangkan.”

“Dan pasti akan berlaku banyak perbalahan dari segi perundangan jika musim itu hanya ditamatkan begitu sahaja – walaupun kita terpaksa perlu kehilangan musim depan dalam proses.”

Rooney menegaskan, beliau tak terkejut pun jika liga musim ini terpaksa ditamatkan pada akhir tahun ini.

“Ia bukan perkara yang akan mengejutkan saya jika terpaksa menamatkan musim berlangsung sehingga akhir tahun 2020.”

4. Panduan di masa akan datang

Ini adalah pertama kali EPL dan dunia berhadapan dengan pandemik yang global membuatkan kesemua aktiviti sukan terhenti – pada era moden terutamanya.

Cara mereka menangani masalah pada hari ini akan menjadi rujukan penting kepada liga ini pada masa akan datang, walaupun 100 tahun akan datang.

Ada yang khuatir, jika EPL memansuhkan liga mereka tanpa mencari solusi kerana pandemik, keadaan sama mereka akan harus ambil pada masa yang akan datang, apabila berlaku perkara yang serupa menimpa liga mereka.

FIFA dan UEFA sudah memberikan lampu hijau kepada semua negara untuk memastikan mereka menamatkan liga mereka tanpa perlu memikirkan permulaan musim baharu.

Di mana kalendar antarabangsa turut dikosongkan untuk membolehkan liga ini ditamatkan.

Rumusan

Buat masa ini, fokus dunia kepada isu kesihatan global. Penamatan liga adalah jalan terakhir yang paling drastik diambil oleh EPL yang memberikan implikasi yang sangat besar.

Semalam Bundesliga juga menyatakan, senario yang paling mereka takuti, jika Bundesliga tidak ditamatkan dengan sempurna, mereka juga akan kehilangan hak penyiaran.

Bundesliga bakal melihat separuh daripada pasukan liga mereka berdepan risiko muflis.

Tidak dapat dinafikan segala kemungkinan itu ada. Tetapi buat masa ini, EPL memikirkan isu berkaitan dengan kantung pasukan terutama sekali pasukan yang kecil.

Buat masa ini, liga ini diteruskan memang lebih kepada isu kewangan. Namun nak buat macamana, memang bola sepak itu satu perniagaan.

Segala keputusan adalah hasil daripada kesepakatan ataupun suara majoriti rakan kongsi dalam EPL.

Ianya bukan keputusan daripada seorang dua pihak sahaja.